edaran percuma LAWATAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN J A B A T A N I M I G R E S E N M A L A Y S I A N E G E R I J O H O R Edisi Jan – Jun 2017 Bil : 1/2017 I S I K A N D U N G A N 03 04 PETIKAN TAZKIRAH KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA PERUTUSAN PENGARAH IMIGRESEN NEGERI JOHOR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA USTAZ SHAMSUL DEBAT LAWATAN PEMANTAPAN KIK JIM JOHOR KE MELAKA LAWATAN KERJA SUB KDN KE BSI DAN KSAB PAMERAN JIM JOHOR DI SAMBUTAN HARI PENJARA KE 227 PERTANDINGAN AKHIR BOLA SEPAK PIALA DATO‟ PINJ 05-06 07-08 09-10 11-12 13-14 15-16 LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE FOREST CITY PAMERAN PERKHIDMATAN AGENSI DI UTC JOHOR INFO KESIHATAN KENALI SKIZOFRENIA LAWATAN PENANDA ARAS JIM JOHOR KE 1SERVE, JIM KEDAH SUDUT SEJARAH LAKSAMANA CHENG HO 17 18 19 20 PAMERAN SAFETY CAMPAIGN, LTA. SENAI INFO TEKNOLOGI KENALI CGI MAJLIS IFTAR JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI DAN IFTAR BERSAMA TIMBALAN PERDANA MENTERI MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KESELAMATAN UNIVERSITI DI UTHM LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE STULANG LAUT DAN KSAB MAJLIS PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI & IFTAR BERSAMA KETUA PENGARAH IMIGRESEN AKTIVITI-AKTIVITI PEJABAT KSAB AKTIVITI-AKTIVITI PEJABAT BATU PAHAT LAPORAN BERGAMBAR PAMERAN KERJAYA SK. TIRAM DUKU KEJOHANAN BOWLING BAHAGIAN VISA PAS & PERMIT INFO AGAMA KEPIMPINAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM AKTIVITI-AKTIVITI PEJABAT MERSING LAPORAN CSR JIM JOHOR JANUARI-JUN 2017 GALERI GAMBAR JANUARI-JUN 2017 21 22 23-24 25 26 27-28 29-30 31 32 33 34 35 36 T E R B I T A N BAHAGIAN KOMUNIKASI & KHIDMAT KORPORAT BLOK 1, ARAS 13, KOMPLEKS KDN SETIA TROPIKA P E N A U N G DATO` ROHAIZI BIN BAHARI P E N A S I H A T TN. DAIRIN UNSIR K E T U A P E N G A R A N G KTPP SERIBUHANA BINTI BAHAROAN P E N . K E T U A P E N G A R A N G PIK HASNI BIN SAHAR S I D A N G P E N G A R A N G PIT SULAIMAN BIN ROSNAN PI MOHD HAZLEY BIN SULTAN MOHD PI RISZIANTY BINTI SUGIRI PI NABIHAH BINTI MOHAMED J U R U K A M E R A PI NOOR REDZUAN BIN SULAIMAN PI RONNY BIN ASUN G R A F I K PIK HASNI BIN SAHAR SidangEDITORIAL 37-38 39-40 … Berfikir kerana berfikir, tindakan kerja dan prestasi diri dapat dikembangkan untuk lebih cemerlang… … Kalimah Syahadah merupakan ikrar untuk menjadi insan yang beriman dan bertakwa. YBHG. DATO’ SRI HJ. MUSTAFAR BIN HJ. ALI Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Petikan tazkirah 18 Jun 2017 (23 Ramadhan 1438H) Bangunan Sultan Iskandar, JB 03 Perutusan P E N G A R A H I M I G R E S E N N E G E R I J O H O R D A T O ‟ R O H A I Z I B I N B A H A R I P e n g a r a h I m i g r e s e n N e g e r i J o h o r Assalamualaikum WBK Salam Sejahtera, Salam Imigresen Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah di atas penerbitan Jendela Selatan Bil 1/2017 Imigresen Johor. Rakaman peristiwa semasa dalam bentuk dokumentasi adalah penting dalam lakaran sejarah organisasi untuk dijadikan rujukan di masa akan datang. Syabas di atas kejayaan sidang redaksi, pejabat-pejabat dan bahagian-bahagian yang sama-sama menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan penerbitan Jendela Selatan edisi Januari - Jun 2017. Sepanjang pertengahan 2017, pelbagai rintangan dan cabaran berlaku dalam merealisasikan perkhidmatan dan kemudahan kepada rakyat. Pelaksanaan M-Bike telah memperkukuhkan lagi keselamatan dan kawalan di pintu masuk BSI dan KSAB. Selain itu, penglibatan warga kerja JIM Johor dalam program-program nilai murni, KIK, bengkel, seminar dan semangat kesukanan yang ditunjukkan secara berterusan warga kerja JIM Johor telah memantapkan kendiri dalam memacu perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan JIM. JIM Johor juga amat bertuah kerana seringkali menerima lawatan dari pengurusan atasan sebagai tanda keprihatinan terhadap kebajikan warga kerja Imigresen khususnya di Johor. Atas sikap keprihatinan inilah, warga kerja JIM Johor terus Istiqamah untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan di segenap pelosok Johor. Terima kasih atas sumbangan serta komitmen saudara saudari dalam menjayakan usaha-usaha murni tersebut dan diharapkan momentum program Khidmat Masyarakat ini terus berkekalan dalam memupuk warga kerja penyayang JIM Johor. Akhir kata, teruskan komitmen saudara saudari bagi mencapai taraf perkhidmatan yang terbaik, berdaya saing, profesional, kreatif dan inovatif serta berintegriti. Semoga kejayaan milik kita dengan izin Nya. Insya-Allah. ` INTEGRITI PROFESIONAL MESRA ` 04 Sempena Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2017M/1438H yang bertemakan “UKHUWAH ISLAMIYYAH ASAS PENYATUAN UMMAH”, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah mengadakan program pada 20 Februari 2017 bersamaan 23 JamadilAwal 1438H yang bertempat di Auditorium tingkat 6, Kompleks KDN, Setia Tropika Johor. Ianya melibatkan semua warga JIM Johor. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan dimulakan dengan persembahan Qasidah daripada JIM Johor. Sejurus selepas Qasidah, para hadirin disajikan dengan alunan berzanji daripada PI Norehan yang bertugas di Bahagian Pasport. Program diserikan lagi dengan penceramah jemputan iaitu Ustaz Syamsul Amri Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Syamsul Debat. Beliau dikenali sebagai Ustaz Debat kerana peranannya sebagai Presiden Persatuan Alumni Pendebat Malaysia. Beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk “Integriti Profesional Mesra Dalam Perspektif Sirah Rasulullah S.A.W” . Ceramah yang bermula jam 9.30 pagi itu berakhir pada jam 11.30 pagi. Seterusnya program dilanjutkan lagi dengan selawat beramai-ramai dan diakhiri dengan jamuan makan berdulang. Program tamat pada jam 12.00 tengahari. I N T E G R I T I P R O F E S I O N A L M E S R A D A L A M P E R S P E K T I F S I R A H R A S U L U L L A H S A W S A M B U T A N M A U L I D U R R A S U L J I M J O H O R 2 0 1 7 D I S E D I A K A N O L E H : P U S P A N I T A J I M J O H O R 05 I N T E G R I T I P R O F E S I O N A L M E S R A D A L A M P E R S P E K T I F S I R A H R A S U L U L L A H S A W SAMBUTAN MAULIDUR RASUL JIM JOHOR 2017 06 22 Februari 2017 (Rabu) Lawatan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Seramai 40 orang pegawai dan kakitangan JIM Johor telah menyertai Lawatan Sambil Belajar ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Melaka. Peserta-peserta lawatan dipilih dalam kalangan ahli-ahli Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)JIM Johor bagi tahun 2017 dan 2018 sebagai pendedahan kepada format pertandingan tersebut. MBMB merupakan agensi yang berpengalaman dalam KIK dan telah menjuarai Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) pada tahun 2016 melalui inovasi “Melaka Bandaraya Warisan Dunia” . Inovasi tersebut memberi dimensi baru dalam pengurusan bandaraya melalui penjenamaan pusat tarikan pelancong yang memelihara keunikan seni budaya dan warisan sejarah. Tertarik dengan inovasi tersebut, ahli delegasi mengakui keindahan pemandangan negeri itu sepanjang perjalanan menuju ke Bangunan Graha Makmur di Ayer Keroh. Ketibaan delegasi disambut oleh kakitangan MBMB. Di dalam lawatan itu, YBhg. Datuk Zainal bin Hussin, Datuk Bandar MBMB telah berkongsi pengalaman mengenai penglibatan Kerajaan Negeri Melaka dalam AIPM. Puan Noraida Nassim, Penolong Pengarah Imigresen Kanan juga selaku ketua delegasi, menzahirkan penghargaan di atas kesediaan MBMB berkongsi pengalaman dengan JIM Johor. Sebagai pelengkap kepada lawatan tersebut, delegasi turut diiring melawati Jonker Walk dan dan menaiki bot di Melaka River Park and Cruise. Delegasi bermalam di Hatten Hotel sebelum meneruskan agenda lawatan pada keesokan harinya. LAWATAN PEMANTAPAN KIK JIM JOHOR KE JIM MELAKA DAN MBMB 23 Februari 2017 (Khamis) Lawatan ke Jabatan Imigresen Malaysia(JIM) Negeri Melaka Bas delegasi menuju ke JIM Melaka di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. JIM Melaka merupakan tuan rumah bagi Konvensyen KIK Jabatan Imigresen Malaysia (Wilayah Selatan) tahun ini. Ketibaan delegasi disambut ramah. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Melaka, Tn. Bakar Sidek. Melalui taklimat tersebut, delegasi dimaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan pada bulan Mei 2017 bagi merencana Konvensyen KIK JIM Wilayah Selatan yang akan berlangsung pada bulan Jun 2017. Delegasi turut berkesempatan melawat di sekitar kompleks sebelum bergerak pulang pada jam 12:00 tengahari. D I S E D I A K A N O L E H : P I S H A H R I T A J A L A L J U R U K A M E R A : P I R O N N Y A S U N 07 LAWATAN PEMANTAPAN KIK JIM JOHOR KE JIM MELAKA DAN MBMB 08 6 Mac 2017, YBhg. Dato' Shahril bin Dato' Ismail, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor. Lawatan turun padang ini adalah bagi meninjau sendiri pelaksanaan Sistem Malaysia Biometric Identification of Motorbikers (MBIKE) di dua tempat pemeriksaan utama Imigresen. Setibanya di BSI, beliau dibawa melawat ke One Stop Center MBike dan Pusat Kawalan Pengoperasian MBike. Beliau turut dibawa melihat laluan motorsikal MBIKE yang beroperasi. Beliau kemudiannya diberikan taklimat khas mengenai pelaksanaan dan pengoperasian Sistem MBIKE. Secara keseluruhannya beliau berpuas hati dengan pelaksanaan sistem MBIKE setakat ini namun beliau mahu kelicinan pengoperasian sistem dipertingkatkan lagi bagi memastikan keselesaan pengguna. Turut serta bersama beliau dalam lawatan kerja pada hari tersebut adalah YH. Dato' Rohaizi bin Bahari, Pengarah Imigresen Johor dan Tuan Dairin Unsir, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Imigresen Johor. D I S E D I A K A N O L E H : P I N O O R R E D Z U A N S U L A I M A N J U R U K A M E R A : P I N O O R R E D Z U A N S U L A I M A N LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN (KDN) KE BSI DAN KSAB 09 LAWATAN KERJA SETIAUSAHA BAHAGIAN (KDN) KE BSI DAN KSAB 10 Pada 18 Mac 2017 bersamaan hari Sabtu telah berlangsung Program Majlis Perasmian Hari Penjara ke 227 dan Hari Antidadah Kebangsaan Tahun 2017 oleh pihak Penjara Simpang Renggam yang bermula jam 07.30 pagi dan telah dihadiri oleh kakitangan Jabatan Penjara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta lain-lain agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir YBhg. Dato‟ Sri Alwi Bin Hj. Ibrahim (Ketua Setiausaha KDN), YAB Dato‟ Mohamed Khalid Nordin (Menteri Besar Johor) dan YAB Dato‟ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi (Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Dalam Negeri). Program ini yang dimulakan seawal jam 08.30 pagi dengan Pemeriksaan Perbarisan dan Hormat Menteri, diikuti „Lagu Bangsa Johor‟, „Negaraku‟, „Keharmonian Rakyat”, Ikrar dan Bacaan Doa seterusnya Perbarisan Keluar Padang. Kemudian acara dilanjutkan dengan ucapan oleh YBhg. Dato. Dr. Abdul Halim Bin Mohd Hussin (Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan), diikuti ucapan oleh YBhg. Dato‟ Sri Haji Zulkifli Bin Omar (Komisioner Jeneral Penjara). Acara dilanjutkan lagi dengan ucapan YAB Dato‟ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi yang seterusnya merasmikan Majlis Hari Penjara Ke 227 & Hari Antidadah Kebangsaan Bagi Tahun 2017. Dalam majlis yang sama YAB TPM juga telah melancarkan Yayasan Koreksional serta Modul CPP (Intermediate Agensi Dadah Kebangsaan) diikuti dengan Penyerahan Enjin oleh Proton Holdings Berhad kepada Jabatan Penjara Malaysia. Majlis turut diisi dengan Penyerahan Sijil Standard Kualiti Songket oleh Ketua Pengarah Kemajuan Kraftangan Malaysia kepada Jabatan Penjara Malaysia. YAB TPM kemudian turut berkenan untuk menyempurnakan majlis Pemakaian Pangkat Kehormat, Pangkat dan Penyampaian Pingat kepada Pegawai selanjutnya menyampaikan Sijil Penghargaan Model Insan Berjaya serta kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Majlis diteruskan dengan persembahan Pentomin Jabatan Penjara Malaysia, persembahan Tempur Tanpa Senjata oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, persembahan iM4U dan seterusnya membuat lawatan di Booth Pameran setiap agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri. Program tamat pada jam 02.30 petang dengan makan tengah hari. D I S E D I A K A N O L E H : T P P I A I D I D J A M A L U D D I N J U R U K A M E R A : P I N O O R R E D Z U A N S U L A I M A N 11 MAJLIS SAMBUTAN DAN HARI ANTI DADAH KEBANGSAAN 2017 HARI PENJARA Ke 227 12 Pada 14 April 2017 (Jumaat), telah berlangsung Pertandingan Akhir Liga Bola Sepak JIM JOHOR bagi merebut Piala Pengarah Imigresen Negeri Johor tahun 2017. Perlawanan akhir ini diadakan di Stadium Azman Hashim UTM, Skudai pada jam 3.30 petang . Tirai perlawanan akhir dibuka dengan menyaksikan perlawanan bagi merebut tempat ke tiga dan ke empat antara pasukan Setia Tropika FC bertemu dengan pasukan BSI C. Dalam perlawanan tersebut pasukan Setia Tropika FC berjaya mendapat tempat ke 3 dengan menundukkan pasukan BSI C dengan jaringan 3 – 1. Tepat pada jam 5.00 petang, bermula perlawanan akhir antara pas ukan K S A B B m e n e ntang pasukan BSI B y a ng m ana ke put us an pe nuh pe r l aw anan, p asukan KSA B B t e lah m unc ul se bag ai J uara Li g a Bo la Sep ak P i ala P INJ 20 1 7 . Up ac ara p eny a m p ai a n p i a l a p us i ng an ke jo hanan dan p i n gat t e lah di s e m p u rnakan o le h YH. Dato‟ Rohaizi bin Bahari Pengarah Imigresen Negeri Johor. Antara tetamu yang hadir pada kejohanan tersebut adalah Tuan Masri bin Adul selaku Pengurus Bola Sepak JIM Johor dan pegawai-pegawai kanan daripada pasukan yang bertanding. Diharap kejohanan sukan seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang bagi melahirkan warga kerja yang sihat dan cergas disamping dapat mengeratkan kerjasama dan hubungan silaturahim sesama warga JIM Johor. D I S E D I A K A N O L E H : P I K H A S N I S A H A R J U R U K A M E R A : P I N O O R R E D Z U A N S U L A I M A N 13 LIGA BOLA SEPAK JIM JOHOR STADIUM AZMAN HASHIM, UTM, SKUDAI PIALA PINJ 2017 14 LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE FOREST CITY, JOHOR L A P O R A N D A N G A M B A R D I S E D I A K A N O L E H : P I N O O R R E D Z U A N S U L A I M A N Seterusnya ahli rombongan telah dibawa untuk melawat ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup di Pontian, Johor. Dalam lawatan ini, YBhg. Dato‟ Seri telah diberi penerangan ringkas oleh PPI Sarbini bin Kamari selaku Ketua Imigresen Kukup mengenai latar belakang Pejabat Imigresen Kukup serta cabaran dan masalah yang dihadapi oleh pegawai-pegawai di pintu masuk laut itu. Ahli rombongan bersama KPI turut dibawa melawat sangkar-sangkar ikan di sekitar perairan Kukup selain dibawa untuk melawat Taman Negara Pulau Kukup. Lawatan diteruskan lagi ke Terminal Feri Puteri Harbour dan sesi penerangan ringkas telah disampaikan oleh TPPI Sapian bin Kamarudin, Ketua Imigresen Puteri Harbour. Rombongan dibawa melawat dan menaiki feri yang disediakan di terminal ini. Sesi lawatan YBhg. Dato‟ Seri dan rombongan berakhir pada jam 7.00 malam. 15 Pada tanggal 30 April 2017, bersamaan 3 Syaaban 1438H, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, YBhg. Dato‟ Seri Hj. Mustafar bin Hj. Ali telah mengadakan lawatan kerja ke Forest City, Johor Bahru. Dalam lawatan itu, Ketua Pengarah dan rombongan telah dibawa untuk melawat sekitar tapak projek Forest City dan kawasan asrama kediaman bagi pekerja asing. Melalui tinjaun itu, beliau berpendapat bahawa penempatan asrama kediaman pekerja asing yang disediakan oleh pihak Forest City ini wajar dijadikan contoh dan model kepada penempatan kediaman pekerja-pekerja asing di negara ini terutamanya di kawasan tapak pembinaan. Menurutnya, dengan adanya asrama kediaman yang teratur seperti ini, maka kawalan dan pemantauan dari aspek penguatkuasaan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Malah aspek kebersihan dan kawalan penyakit juga dapat dipantau dengan lebih menyeluruh melalui model penempatan yang diperkenalkan. LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE FOREST CITY, JOHOR 16 LWTNDT’SR PKPJBTIIRSNKKP LWTNDT’SR PK P E J A B A T I M I G R E S E N P U T E R I H A R B O U R Pusat Transformasi Bandar (UTC) Johor telah menerima lawatan dari delegasi program World Bank – UNDP Summit seramai 100 peserta daripada pelbagai negara antaranya Amerika Syarikat, Perancis, China, Vietnam, Indonesia dan Jerman. Lawatan tersebut telah diadakan pada hari Jumaat, 05 Mei 2017. Bagi memastikan lawatan ini dapat memberi informasi yang lengkap berkaitan UTC Johor kepada delegasi, pihak pengurusan UTC Johor telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Pameran UTC Johor di Aras 2, Galleria@Kotaraya selama tiga hari bermula 05 Mei hingga 07 Mei 2017 (Jumaat – Ahad). Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dimana pihak penganjur yang terdiri daripada pegawai dari UTC sendiri telah membawa kesemua delegasi ke pejabat-pejabat agensi UTC untuk lawatan dan sesi penerangan mengenai perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan di UTC Johor Bahru. Antara pejabat-pejabat yang sempat dilawati adalah Pejabat Pengurusan UTC Johor Bahru, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Delegasi kemudiannya telah dibawa melawat ke booth-booth pameran dimana terdapat lebih kurang sembilan (09) agensi yang terlibat antaranya Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara, Syarikat Air Johor (SAJ), Majlis Perbandaran Johor Bahru (MPJB) dan lain-lain agensi. Seterusnya, kesemua delegasi dibawa ke Dewan Makan untuk menjamu selera. Booth pameran yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan UTC dibuka sehingga Ahad, 07 Mei 2017. D I S E D I A K A N O L E H : P E J A B A T I M I G R E S E N U T C J O H O R PAMERAN PERKHIDMATAN AGENSI UTC JOHOR & LAWATAN DELEGASI WORLD BANK – UNDP SUMMIT KE UTC JOHOR 17 INFO kesihatan Penyakit skizofrenia seringkali menyebabkan pesakit berubah sikap dan seolah-olah menjadi insan lain yang tidak dikenali oleh keluarga. Ada juga pesakit yang sangat berjaya dalam bidang akademik, kerjaya dan perniagaan sebelum mendapat penyakit ini namun, segala-segalanya berubah setelah tidak dapat mengawal skizofrenia. Skizofrenia adalah salah satu penyakit mental yang sangat serius dan memberi kesan berpanjangan kepada pesakit dan keluarga. Skizo bermaksud retak dan frenia pula bermakna jiwa. Maka, pesakit skizofrenia ialah seseorang yang mengalami keretakan jiwa. Pesakit akan mengalami perubahan personaliti yang berterusan dan kegagalan dalam interaksi bersama dunia di sekeliling mereka. Mereka akan mempunyai pola pemikiran, sikap dan bahasa komunikasi yang tidak teratur dan sukar untuk difahami. Malah, mereka turut akan kelihatan hidup tanpa sebarang emosi di dalam diri. Apa yang lebih membimbangkan apabila pesakit mula yakin ada orang yang mahu mencederakannya. Pesakit skizofrenia boleh mengalami episod psikosis iaitu keadaan mental terganggu dan mengalami halusinasi. Diagnosis dan pengubatan skizofrenia Jika anda memiliki keluarga atau saudara yang menunjukkan gejala skizofrenia, segera bawa ke doktor. Peluang untuk sembuh bagi penderita skizofrenia akan lebih besar jika diubati dengan segera. Kerana skizofrenia merupakan salah satu jenis gangguan mental, maka pemeriksaan harus dilakukan oleh pakar psikiatri. Selain itu, penting bagi penderita untuk mengenali tanda-tanda kemunculan awal penyakit ini dan bersedia untuk berkongsi masalah penderitaan ini kepada keluarga atau teman rapat. Di dalam dunia perubatan, skizofrenia sudah diiktiraf sebagai penyakit mental yang sangat serius. Lelaki dan wanita sama-sama boleh diserang skizofrenia tetapi bagi lelaki, skizofrenia selalunya berlaku di usia hujung remaja atau awal 20- an. Manakala bagi wanita pula, skizofrenia selalunya dikesan apabila berumur 20-an hingga awal 30-an. Penyebab skizofrenia Sebenarnya para ahli belum mengetahui apa yang menjadi penyebab skizofrenia secara pasti. Keadaan ini mungkin terjadi oleh kombinasi dari faktor psikologis, fizik, genetik dan keadaan sekeliling. Tanda-tanda awal skizofrenia Di peringkat awal, pesakit akan kelihatan keliru dengan sekelilingnya dan kerapkali berubah perangai secara mengejut. Mereka akan mengadu mendengar bisikan- bisikan yang tidak didengari oleh orang lain dan kadangkala yakin bahawa orang lain boleh membaca dan mengawal fikiran mereka. P E N G E R T I A N D I S E D I A K A N O L E H : P I K H A S N I B I N S A H A R S U M B E R : W W W . T E R A P I P S I K O L O G I . C O M 18 Pada 23 Mei 2017, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah mengadakan lawatan ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Cawangan Kulim dan UTC Sungai Petani Kedah. Lawatan ini bertujuan meninjau persediaan dan pelaksanaan program 1serve di JIM Kedah. Selain itu, hasil lawatan ini juga boleh dijadikan sebagai penandaaras untuk JIM Johor melaksanakan program 1Serve. Lawatan tersebut diwakili oleh Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Johor, Tn Dairin Unsir bersama-sama Ketua-ketua daripada Bahagian Pentadbiran, Bahagian Pekerja Asing dan Bahagian Visa Pas dan Permit. Jam 9.30 pagi kehadiran wakil JIM Johor disambut oleh Ketua Imigresen Pejabat JIM Kulim, KTPP Aidil Safri Bin Adnan. Pejabat ini mempunyai 3 (tiga) bahagian iaitu bahagian pasport dan dokumen perjalanan, pekerja asing dan visa pas dan permit. Ketiga-tiga bahagian ini adalah di bawah satu pejabat yang sama. Lawatan diteruskan ke Pejabat JIM UTC Sungai Petani dan tiba pada jam 12.30 tengahari. Kehadiran disambut oleh PPI S.Revati a/p Sinnathamby selaku Ketua Imigresen di situ. Fungsi utama di pejabat ini adalah pengeluaran pasport dan dokumen perjalanan. Wakil JIM Johor diberi penerangan berkenaan fungsi utama, pencapaian dan aktiviti di pejabat tersebut. Lawatan berakhir jam 3.00 petang. LAWATAN PENANDAARASAN 1SERVE DI PEJABAT JIM KULIM DAN UTC SG.PETANI L A P O R A N D A N G A M B A R D I S E D I A K A N O L E H : P I M O H D H A Z L E Y S U L T A N M O H D 19 SUDUT Fakta & Sejarah Cheng Ho atau Zheng He, sebanarnya lahir dengan nama Ma He pada tahun 1371. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga miskin berketurunan Hui, iaitu sebuah etnik China beragama Islam, di Yunan, sebuah wilayah di Barat Daya China. Pada usia 10 tahun, Cheng Ho telah menjadi tawanan perang. Tetapi nasibnya baik apabila telah dipilih untuk menjadi pengiring kepada seorang bangsawan bernama Yong Li. Bakat kepimpinan Cheng Ho sudah mula terserlah apabila dia telah menjadi orang kepercayaan Yong Li yang sedang mengadakan kempen menggulingkan maharaja ketika itu. Setelah Yong Li menaiki takhta sebagai maharaja, Cheng Ho mempunyai peranan penting membantu Dinasti Ming dalam beberapa siri kempen ketenteraan termasuklah menakluki Nanjing. Sebagai ganjaran, Cheng Ho telah dikurniakan pangkat dan kedudukan berserta gelaran keluarga “Cheng” . Oleh kerana kebijaksanaan, keberanian dan kecerdasannya itu, Maharaja telah menganggap Cheng Ho diberi kepercayaan sebagai duta Negara China yang membawa mesej diplomatik merentasi samudera luas. Tahun 1405 telah menjadi titik permulaan `penguasaan‟ China dalam bidang maritime apabila Maharaja Yong Le melancarkan misi ekspedisi terbesar dalam sejarah. Cheng Ho telah dilantik sebagai laksamana yang mengetuai misi tersebut. Sehingga tahun 1433 (dalam tempoh 28 tahun), Cheng Ho telah mengetuai tujuh armada pelayaran ke 37 negara meliputi rantau Asia Tenggara, benua Afrika dan Tanah Arab. Tujuan pelayaran adalah untuk memupuk hubungan diplomatik di kalangan negara- negara asing. Seperti Cheng Ho, Christopher Columbus, Vasco da Gama, dan Ferdinand Magellan berkongsi satu persamaan dan pengiktirafan – mereka adalah pelayar- pelayar terhebat dunia – namun yang membezakan setiap individu adalah matlamat pelayaran yang mereka ketuai. Misi pelayaran para pelayar Barat lebih kepada tujuan-tujuan seperti penjajahan, penyebaran doktrin Kristianisasi, dan penguasaan kekayaan yang disertai dengan kezaliman dan penindasan ke atas negara atau bangsa yang didatangi. Amat berbeza pula dengan pengembaraan dan pelayaran Cheng Ho sebagai mewakili dinasti Ming yang membawa mesej keamanan, persahabatan, hubungan diplomatik, perdagangan, dan menyebar dakwah Islam ke wilayah atau negara yang disinggahi. Pengembaraan Cheng Ho bukan sekadar membuahkan jambatan silaturrahim tetapi turut membantu beberapa pihak seperti berjaya memusnahkan kuasa lanun China, campur tangan dalam peperangan di Jawa dan membantu pemerintahan Ceylon yang sah mendapatkan takhta baginda semula. Sepanjang 30 tahun dalam kehidupan sebagai ahli pelayaran, Cheng Ho tidak pernah putus asa melibatkan diri dalam aktiviti budaya Islam di China. Melalui „laluan sutera laut‟ yang Cheng Ho telah membantu mempereratkan hubungan Cina dengan dunia luar, terutama dalam bidang politik dan ekonomi. Beberapa pengkaji sejarah moden menyimpulkan sumbangan Cheng Ho yang besar dalam dunia pelayaran silam secara tidak langsung telah menaikkan nama China gah di mata negara-negara jiran dan mungkin juga sebagai kuasa besar di dunia. SIAPA LAKSAMANA CHENG HO ? 20 D I S E D I A K A N O L E H : P I K H A S N I S A H A R S U M B E R : W W W . T H E P A T R I O T S . A S I A Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB) komited dalam menyediakan persekitaran yang sihat serta selamat di samping mengurus, mengendali, menyelenggara dan membangunkan lapangan terbang. Tanggungjawab untuk mencapai komitmen ini diketuai oleh Kumpulan Pengurusan dan dijalankan oleh setiap pekerja SATSSB. Menyedari hakikat itu, pada 23 Mei 2017 bertempat di LTA, Senai telah berlangsung Safety & Health Campaign 2017. JIM Johor turut sama mengambil bahagian dengan mengadakan pameran yang diadakan di AeroDarat, LTA, Senai. Pameran legar Kompleks Lapangan Antarabangsa Senai disertai oleh beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan lain- lain lagi. Program telah dirasmikan oleh CEO AeroDarat Services Sdn Bhd, Mohd Naziruddin Mohd Basri diikuti oleh sesi Ceramah Komunikasi dalam Menghadapi Kemalangan, oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Taklimat Kesedaran Kesihatan dalam Karier Pekerjaan oleh DOSH dan Taklimat Pengenalan kepada Tugas dan Tanggungjawab oleh SPRM yang disampaikan oleh ketua Unit Pemeriksaan dan Perundingan En. Khoo Lok Chi. Tetamu dan peserta adalah dari kalangan kakitangan yang terlibat dalam operasi penerbangan dan agensi agensi kerajaan yang berpejabat di LTA Senai. Program ini juga diselangi dengan aktiviti Pemeriksaan Kesihatan d an S e namr o b ik . Pe g awai d ar i pe jab at Imig re s e n L TA Se nai tur ut s e r ta b e ke r jas ama b e r ad a di booth Imigresen melayani pengunjung bagi menjayakan program ini. Kebanyakan pengunjung yang melawat booth Imigresen adalah pelawat yang ingin mendapatkan maklumat berkenaan program pengampunan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Program berakhir pada jam 5.00 petang. Safety & Health Campaign, LTA Senai D I S E D I A K A N O L E H : P I K R O S L I S A R M A N J U R U K A M E R A : P I K A B D . A Z I Z O M A R 21 PAMERAN AeroDarat INFO D I S E D I A K A N O L E H : P I K H A S N I S A H A R S U M B E R : W W W . H O M E T E K N O . C O M Imej janaan komputer (bahasa Inggeris: Computer- Generated Imagery atau dikenali sebagai CGI) merupakan aplikasi grafik komputer kesan khas dalam filem, rancangan televisyen, iklan televisyen, simulasi dan media cetak. Permainan video selalunya menggunakan grafik komputer masa- sebenar (jarang disebut sebagai CGI), tetapi mungkin juga dimasukkan pre-render "babak yang dipotong" dan filem pendahuluan yang selalunya menggunakan aplikasi CGI. Ini dirujuk sebagai FMV (Full Motion Video). CGI digunakan untuk kesan visual kerana kesan lebih terkawal berbanding proses fizikal yang lain, seperti membina miniatur untuk kesan rakam atau orang ramai; dan kerana ia membenarkan pembuatan imej yang tidak mampu dilakukan oleh teknologi lain. Ia juga boleh membenarkan seorang artis menerbit kandungan tanpa penggunaan pelakon, hiasan atau barang lakonan. Perisian Komputer seperti Maya dan Softimage XSI digunakan untuk membuat imej janaan komputer untuk filem, dan lain-lain. Kemudahan terbaru perisian CGI dan kelajuan komputer yang meningkat telah membolehkan artis individu dan syarikat- syarikat kecil untuk menghasilkan filem, permainan, dan seni halus tahap handalan melalui komputer rumah. Ini telah membawa cabang kebudayaan Internet dengan set selebriti global, klise dan perbendaharaan kata teknikalnya yang tersendiri. Kaedah nyata simulasi penerbangan khususnya, dan simulasi secara amnya, banyak menggunakan teknik CGI untuk menggambarkan Dunia Luar (OTW). Syarikat-syarikat yang membuat simulator penerbangan tahap tertinggi seperti yang digelar 'Level D' (tahap tertinggi teknikal bagi latihan pesawat sivil dan diiktiraf di kedua-dua belah Atlantik) biasanya menghasilkan sistem CGI mereka sendiri untuk kegunaan dalam simulator mereka. Syarikat simulator lain membeli sistem CGI daripada pembekal pakar. Syarikat-syarikat yang membuat simulator penerbangan Level D termasuklah CAE (Kanada, Jerman dan Amerika Syarikat), FSI (USA), Link division of L-3 Communications, Lockheed Martin (Orlando), Rockwell Collins (USA) dan Thales (Perancis dan UK). Jelas CGI mewarnai dunia animasi, perisian komputer dan perfileman di masa kini. teknologi KECANGGIHAN 22 D I S E D I A K A N O L E H : P I K H A S N I S A H A R J U R U K A M E R A R : P I N O O R R E D Z U A N / P I R O N N Y A S U N Bertempat di Aras 6, Kompleks KDN, Setia Tropika, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor dengan kerjasama KKSIJ, KPISM dan Puspanita telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa JIM Johor 2017/1438H. Program yang bermula pada jam 5.00 petang telah berlangsung pada 31 Mei 2017 bersamaan 5 Ramadhan 1438H dan telah dihadiri oleh kakitangan JIM Johor serta tetamu jemputan di kalangan ketua-ketua agensi KDN Setia Tropika. Bertempat di Auditorium, telah berlangsung Majlis Jalinan Kasih Ramadhan JIM Johor bagi tahun 2017 yang mana pelancaran disempurnakan oleh YH. Dato‟ Rohaizi bin Bahari, Pengarah Imigresen Negeri Johor. Antara pengisian acara adalah persembahan Qasidah daripada Kumpulan Qasidah Mawaddah JIM Johor dan tazkirah oleh Ustaz Khairul Fahmi Muhamad Anuar. Seramai 30 orang anak-anak yatim daripada Madrasah Titian Murni Nur, Kempas turut sama hadir dan menerima sumbangan daripada Pengarah Imigresen Negeri Johor. Selesai acara di auditorium Majlis Berbuka Puasa telah berlangsung di sekitar Ruang Legar, Aras 6. Solat Maghrib dan Isyak berjemaah turut dijalankan dan diikuti dengan Solat Sunat Tarawih di Dewan Serbaguna Aras 6. Semoga program sebegini dapat mendekatkan lagi warga JIM Johor dengan golongan yang kurang berkemampuan. Ia juga merupakan satu wadah untuk mengeratkan lagi silaturahim. Majlis tamat dan bersurai pada jam 10.30 malam. 23 24 Pada 8 Jun 2017 bersamaan 13 Ramadhan 1438H telah berlangsung Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni & Iftar bersama YAB Dato‟ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri. Program bermula dengan Jamuan Berbuka Puasa di Masjid Al-Mizan, Kempas manakala Solat Fardu Isyak dan Tarawih berlangsung di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Turut mengiringi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, ketua- ketua jabatan peringkat negeri dan persekutuan. Turut bersama adalah Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Dato‟ Sri Alwi Hj. Ibrahim dan YBhg. Dato‟ Sri Hj. Mustafar Hj. Ali Ketua Pengarah Imigresen berserta Pengarah Imigresen Negeri Johor, YH. Dato‟ Rohaizi bin Bahari. Selesai bertarawih, YAB Timbalan Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada lebih 250 asnaf terdiri daripada warga emas, fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal. Timbalan Perdana Menteri bersama jemaah kemudian menikmati juadah moreh sebagai penutup majlis sekitar jam 11.00 malam. D I S E D I A K A N O L E H : P I M O H D H A Z L E Y S U L T A N M O H D J U R U K A M E R A : P I R O N N Y A S U N 25 Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi iaitu YBhg. Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir telah menyempurnakan Majlis Konvensyen Keselamatan Universiti 2017 yang diadakan di Dewan Sultan Ibrahim UTHM pada 06 April 2017 bersamaan hari Khamis. Majlis pelancaran yang dihadiri oleh tetamu seperti Naib Canselor UTHM YBhg. Prof. Dr. Wahid Bin Razzaly, tetamu kehormat dan agensi-agensi kerajaan, universiti-universiti, agensi-agensi swasta dan peserta kursus dari kalangan kakitangan yang menjaga keselamatan di dalam universiti serta kakitangan UTHM ini dimeriahkan dengan simbolik perasmian bagi pelancaran konvensyen ini. Majlis ini yang dimulakan pada jam 8.10 pagi dengan Demonstrasi Menangani P e rhi mp unan A man o leh pe se r t a kurs us di UTHM. Kemudiannya ceramah berkaitan Penghayatan Agama Dalam Perkhidmatan Keselamatan yang telah disampaikan oleh YB Dato' Dr. Hj. Noh Bin Gadut iaitu Ahli Lembaga Pengarah UTHM. Di samping itu, terdapat juga forum-forum seperti Forum Pengurusan Aktiviti / Gerakan Pelajar di Luar Kampus di mana forum ini terdiri daripada 3 panel iaitu Cawangan E2M Bukit Aman, Pengarah Pembangunan Mahasiswa KPT dan Penasihat Undang-undang UTM serta dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan UMS. M A JLIS PER A SM IA N KONVENSYEN KESELAMATAN UNIVERSITI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM) Majlis Konvensyen Keselamatan Universiti (KKU) 2017 ini berlangsung selama 3 hari mulai 3hb hingga 6hb April 2017. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah pameran daripada agensi kerajaan yang turut dijemput sebagai panel forum dan syarikat swasta yang terlibat dalam perkhidmatan dan bekalan peralatan keselamatan. Sebelum jamuan makan tengahari, telah berlangsung penyampaian cenderamata kepada agensi-agensi yang terlibat antaranya Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor, PDRM serta beberapa agensi swasta. Majlis diteruskan lagi dengan lagu Gemilang UTHM dan para jemputan kemudiannya dibawa melawat ke booth pameran yang terletak di dalam dewan ini. Kemudian, program ini diteruskan dengan Forum Pengurusan Pelajar / Pekerja Bukan Warganegara yang dipengerusikan oleh Pengarah Keselamatan UNIMAS di mana Jabatan Imigresen Negeri Johor yang diwakili oleh TPPK Tn Ami Azman Bin Ali dari Bahagian Visa, Pas dan Permit dan Pegawai Majlis Keselamatan Negara dijemput sebagai panel. Rumusan konvensyen dan penutupan program ini tamat pada jam 5.00 petang. D I S E D I A K A N O L E H : T P P I A I D I D J A M A L U D D I N J U R U K A M E R A : P I R O N N Y A S U N 26 Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, YBhg. Dato‟ Sri Hj. Mustafar Hj. Ali (Dato‟ Seri KPI) meneruskan agenda sebagai teraju utama Jabatan Imigresen Malaysia dengan Lawatan Kerja ke Pejabat Imigresen Stulang Laut dan Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah pada 9 Jun 2017. Setibanya di Pejabat Imigresen Stulang Laut, Dato‟ Seri KPI telah disambut oleh TPPI Tantiyanis dan kakitangan Stulang Laut. Dato‟ Seri KPI dibawa melawat dan meninjau pejabat operasi, kaunter pemeriksaan dan pelabuhan feri. Dato‟ Seri KPI sempat beramah mesra dengan pegawai-pegawai dan pelanggan di sana. Jam 12.30 tengah hari, Dato‟ Seri KPI dibawa ke Masjid Negeri Kota Iskandar untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Selesai solat fardhu Jumaat, Dato‟ Seri KPI meneruskan lawatan kerja beliau ke Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar untuk meninjau pelaksanaan MBIKE di sana. Kehadiran beliau disambut oleh TPPK Ridhuan Bin Ismail selaku Ketua Unit Operasi D di KSAB. TPPK Ridhuan memberi penerangan berkenaan kelancaran dan pengoperasian MBIKE di KSAB. Selesai lawatan Dato‟ Seri KPI di KSAB, beliau terus ke LTA Senai untuk keberangkatan pulang pada jam 4.05 petang. Turut sama dalam lawatan adalah Pengarah Imigresen Negeri Johor, Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Johor serta pegawai- pegawai kanan JIM Johor. L A P O R A N D A N G A M B A R D I S E D I A K A N O L E H : P I M O H D H A Z L E Y S U L T A N M O H D LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE PEJABAT IMIGRESEN STULANG LAUT DAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 27 LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH IMIGRESEN KE PEJABAT IMIGRESEN STULANG LAUT DAN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 28 KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 17 Jun 2017 – “ Bulan Ramadhan permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan akhirannya adalah pembebasan dari api neraka”, petikan daripada hadith Rasulullah S.A.W, sebagai pembuka bicara tazkirah yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, YBhg. Dato‟ Sri Hj. Mustafar Bin Hj. Ali sempena Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni dan Iftar yang berlangsung di Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah, Johor. Meneruskan tazkirahnya, beliau menegaskan bahawa peranan pegawai-pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) amat besar dalam menjaga kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan terhadap rakyat dan negara. YBhg. Dato‟ Sri turut berkongsi manfaat dan faedah yang boleh diperolehi oleh warga Imigresen dengan membuat caruman dalam Koperasi Imigresen Malaysia Berhad (KOPRIMA). Pelbagai pelan perancangan telah dirangka bagi meningkatkan nilai pulangan pelaburan kepada para pencarum. Sehubungan itu, beliau menggesa warga Imigresen untuk mendaftar sebagai ahli KOPRIMA. Sempena menyambut Syawal yang akan menjelang tiba,YBhg. Dato‟ Sri Ketua Pengarah mengharapkan agar semua kakitangan yang bertugas pada hari Raya Aidilfitri dapat menjalankan tugas dengan cekal dan penuh dedikasi. Dikesempatan yang sama juga, YBhg. Dato‟ Sri mengucapkan tahniah kepada JIM Negeri Johor khususnya KPSIM, KKSIJ, KOPRIMA dan PUSPANITA Johor atas penganjuran majlis tersebut. Beliau juga berharap agar semangat kerjasama dan ukhwah dapat diperkukuh dan dipertingkatkan di kalangan warga JIM Negeri Johor. Antara pengisian acara pada petang itu adalah persembahan Qasidah daripada Kumpulan Mawaddah JIM Johor, penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf yang terdiri daripada kakitangan JIM Johor dan penyerahan kuih-kuih raya kepada pejabat-pejabat cawangan serta bahagian. Turut hadir di majlis tersebut adalah Pengarah Imigresen Negeri Johor YH. Dato‟ Rohaizi Bin Bahari, Pengarah Imigresen KLIA Tn. Hj. Mohd Nasri Bin Ishak, Pengerusi KPSIM, Ketua- ketua Cawangan, Bahagian, pegawai-pegawai kanan serta agensi-agensi yang bertempat di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB). Majlis tamat pada jam 10.00 malam sejurus selesai solat tarawih berjemaah dan jamuan moreh. L A P O R A N D A N G A M B A R D I S E D I A K A N O L E H : P I M O H D H A Z L E Y S U L T A N M O H D 29 30 DISEDIAKAN & JURUGAMBAR : PI AZWAN BIN MOHD PEJABAT IMIGRESEN BANGUNAN SULTAN ISKANDAR KOMPLEKS LAPORAN AKTIVITI SULTAN ABU BAKAR D I S E D I A K A N O L E H : P I A Z I Z I B I N A R B A I J U R U K A M E R A : P I S H A H R U L I Z W A N B I N S H A H R U D I N De rma d ar ah me r upakan s atu pr og r am mur ni y ang d ijalankan o le h pih ak h o s p ital b ag i me ncar i b e kalan d ar ah y ang me ncukupi untuk keg unaan pe s akit d an o r ang r amai y ang meme r lukan bekalan d ar ah . Pe r mintaan yang ting gi te r h ad ap be kalan d ar ah me ny eb abkan ke r jas ama d an ke pr ih atinan d ar ipad a o r ang r amai amat d ipe r lukan untuk s ama -s ama me ny u mb ang d alam membekalkan d ar ah y ang s e lamat d an me ncukupi untuk keg unaan pe s akit . Atas r as a pr ih atin d an per cay a b ah awa ke b ajikan mas y ar akat ad alah tang gung jawab s o s ial y ang pe r lu d ipikul b e r s ama, K e lab S ukan d an Ke b ajikan Unit Ope r as i De lta (S K UOD) Pe jab at Imig r e se n K omple ks S ultan Abu Bakar telah menganjurkan Program Derma Darah dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Program yang bermula dari jam 8.00 pagi ini terbuka kepada semua pegawai kerajaan dan juga agensi lain yang terdapat di Kompleks Sultan Abu Bakar. Sebanyak 50 bekalan beg darah telah berjaya diperolehi daripada seramai 76 orang penderma yang mendaftar sehingga berakhirnya program tersebut. PROGRAM DERMA DARAH UNIT OPERASI DELTA Pada 19 Januari 2017 bersamaan 20 RabiulAkhir 1438H, satu program Sambutan Maulidur Rasul peringkat Task Force KSAB telah diadakan bertempat di Masjid Abu Hurairah Kompleks Sultan Abu Bakar. Bersandarkan tema “UKHUWAH ISLAMIYYAH ASAS PENYATUAN UMMAH”, majlis ini diadakan bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pejabat Imigresen KSAB telah dilantik sebagai jawatankuasa hadiah dan hebahan / jemputan. Program ini disertai 15 agensi yang bertugas di bawah satu bumbung. Program bermula jam 7.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahhari. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan perarakan, persembahan nasyid oleh pelajar sekolah dan ceramah agama oleh Al-Fadhil Ustaz Hj. Hanafiah Bin Hj. Abd Razak, Penolong Pegawai Mufti di Jabatan Mufti Johor. Pada 21 Mei 2017 bersamaan hari Ahad, Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKRIS) Kompleks Sultan Abu Bakar telah menganjurkan Hari Sukan peringkat Kompleks Sultan Abu Bakar. Sebanyak lima acara sukan telah dipertandingkan iaitu futsal, bola jaring, bola tampar, badminton dan sepak takraw. Kesemua acara telah disertai oleh pegawai-pegawai Imigresen dari Unit Operasi Alpha, Bravo, Charlie, Delta dan Pentadbiran. Objektif penganjuran sukan ini adalah untuk memupuk gaya hidup sihat di kalangan pegawai-pegawai Imigresen di samping merehatkan minda daripada bebanan kerja yang dihadapi setiap hari. Penganjuran sukan ini juga adalah sebagai salah satu platform untuk mencungkil bakat pegawai yang berkebolehan untuk mewakili Jabatan Imig re s e n Ne ge r i J o ho r b ag i me ng h ad api temas y a s ukan S UK I M pad a s e tiap tah un . Pe ng lib atan pe g awai s epanjang te mas y a s ukan ini berlangsung adalah amat menggalakkan. MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1438H, PERINGKAT TASK FORCE KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR HARI SUKAN KELAB KEBAJIKAN DAN REKREASI (KKRIS) KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 31 BATU PAHAT LAPORAN AKTIVITI PEJABAT IMIGRESEN D I S E D I A K A N O L E H : P I SI’DI I S A I F U L D I N J U R U K A M E R A : H A F I Z A D V I F A T I M B I N M A H D S H A H R I M LATIHAN MEMANAH BERSAMA AKADEMI MEMANAH THALHAH KARNIVAL SUKAN AGENSI KERAJAAN (GASCA) SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI D.Y.M SULTAN JOHOR Pejabat Imigresen Batu Pahat terlibat dalam Karnival Sukan Agensi Kerajaan yang diadakan di Batu Pahat dan dianjurkan oleh Pejabat Daerah Batu Pahat. Agensi-agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan telah digabungkan mengikut kumpulan-kumpulan kecil dan Pejabat Imigresen Batu Pahat telah bergabung bersama AADK, TM dan JPN membentuk kumpulan Merpati. Beberapa orang pegawai dari pejabat ini telah terlibat dalam acara-acara yang dipertandingkan. Pada 10 Mac 2017, bertempat di ruang parkir kenderaan Bangunan Gunasama Persekutuan Batu Pahat, Kelab Kebajikan dan Sukan Imigresen Batu Pahat telah berkolaborasi bersama Akademi Memanah Thalhah iaitu suatu o r g anisasi y ang me ny ed iakan pe rkh id matan d an latih an b e r kaitan s ukan me manah . Pr o g r am latihan me manah ini b e r tujuan untuk membe r ikan pe nd ed ah an kepada pe se r ta me ng e n ai te knik -teknik pe ngg unaan pe r alatan memanah d an me mb er ikan pe ng alaman b e r b e za ke pad a pe s e r ta . S e r amai 20 orang pegawai dari pejabat ini telah mengambil bahagian dalam program ini. Panahan simbolik telah disempurnakan oleh Ketua Imigresen Batu Pahat dan diteruskan dengan Kejohanan Memanah KKSIBP beserta beberapa kategori dipertandingkan antaranya acara shoot silang, pinggan target dan target bawah. Program ini diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada peserta dan penghargaan kepada Akademi Memanah Thalhah. 32 SK. TIRAM DUKU, GELANG PATAH, JOHOR. P A M E R A N K E R J A Y A @ 2 8 - 29 A P R I L 2 0 1 7 33 • Pameran Kerjaya bersempena Jubli Emas 100 tahun SK. Tiram Duku, Gelang Patah, Johor. • Berlangsung selama 2 hari / 28 – 29 April 2017 • Perasmian disempurnakan oleh Tn. Hj. Shahrudin b. Shahri, Pegawai Pendidikan Daerah Johor Bahru • Pendedahan kepada pelajar berkenaan peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan Pada 10 Mac 2017 telah diadakan Kejohanan Bowling Piala Ketua Bahagian Visa, Pas dan Permit Tahun 2017. Kejohanan ini telah diadakan di Lite Superbowl Bowling, Danga City Mall dan Unit Pas Pelajar telah diberi tanggungjawab sebagai pengelola acara bagi tahun ini. Sebanyak 6 acara telah dipertandingkan dalam melaksanakan aktiviti ini. Setiap unit telah menghantar beberapa pasukan bagi memeriahkan aktiviti kejohanan ini. Kejohanan ini telah dimulakan pada jam 3.30 petang dan PPI Norfaizal Bin Rahim selaku Ketua Bahagian telah diberi penghormatan untuk memulakan acara. Aktiviti ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran semua anggota keluarga pegawai dan kakitangan yang terlibat. Aktiviti ini berakhir pada jam 6.30 petang dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Visa, Pas dan Permit, PPI Norfaizal Bin Rahim dan pegawai-pegawai kanan bahagian ini. PIALA KETUA BAHAGIAN VISA, PAS DAN PERMIT KEJOHANAN BOWLING 34 D I S E D I A K A N O L E H : P I N O O R A S H I L A H B I N T I J U P R I J U R U G A M B A R : P I M O H D H A F I S B I N H A S A N Kepemimpinan dalam Islam merupakan suatu wacana yang selalu menarik untuk dibincangkan. Wacana kepemimpinan dalam Islam ini sudah ada dan berkembang, tepatnya setelah Rasulullah SAW wafat. Wacana kepemimpinan itu timbul kerana sudah tidak ada lagi Rasul atau Nabi setelah Nabi Muhammad SAW. Dalam Firman Allah SWT dikatakan bahwa Al-Quran itu sudah bersifat syumul dan tidak dapat diubah-ubah lagi. Sehingga Rasulullah SAW adalah pembawa risalah terakhir dan penyempurna dari risalah- risalah sebelumnya. “ Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al- Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. Tak ada yang dapat mengubah kalimat-kalimatnya.” (Surah Al- Anam : 115). Berdasarkan fakta sejarah dalam Islam, ketika Rasulullah SAW wafat umat Islam berpecah belah akibat perdebatan mengenai kepemimpinan dalam Islam, khususnya mengenai proses pemilihan pemimpin dalam Islam dan siapa yang berhak atas kepemimpinan Islam. Sejarah mencatat bahwa kepemimpinan Islam setelah Rasulullah SAW wafat dipimpin oleh Abu Bakar, Umar Bin Khattab, Utsman Bin Affan, Ali Bin Abi Thalib, Muawiyah dan Bani Abbas. Setelah Bani Abbasiyah, kepemimpinan Islam terpecah menjadi kesultanan-kesultanan kecil. Permasalahan kepemimpinan ini membuat Islam terfragmentasi dalam kelompok- kelompok, di antaranya yang terbesar adalah kelompok Sunni dan Syiah. Kedua kelompok besar ini memiliki konsep dan pemahaman kepemimpinan yang berbeza. Kedua kelompok ini memiliki dalil dan argumentasi yang sama-sama menggunakan sumber Islam iaitu Al-quran dan Sunnah. Kepemimpinan menurut bahasa Arab disebut juga dengan imamah. Imam ertinya pemimpin, seperti ketua dan yang lainnya, baik dia memberi petunjuk atau menyesatkan. Imam disebut juga khalifah, iaitu penguasa dan pemimpin tertinggi rakyat. Kata imam juga digunakan untuk orang yang mengatur kemaslahatan sesuatu, untuk pemimpin pasukan dan untuk orang dengan fungsi lainnya. Seorang Ulama bernama Syekh Abu Zahra dari kelompok Sunni menyamakan arti Khilafah dan Imamah. Ia berkata Imamah itu disebut juga Khilafah. Sebab orang yang menjadi Khilafah adalah penguasa tertinggi bagi umat Islam yang menggantikan Rasul SAW. Khalifah itu juga disebut sebagai Imam (pemimpin) yang wajib ditaati. Manusia berjalan di belakangnya, sebagaimana manusia solat di belakang Imam. Pemimpin menurut pandangan Islam adalah wakil ummat atau orang upahannya. Karena itu adalah hak orang yang mewakilkan untuk meminta pertanggungjawaban dari wakilnya, atau mencabut hak perwakilan bila diperlukan, khususnya bila si wakil melalaikan tugasnya. Oleh kerana itu, maka erti kepemimpinan dalam Islam menjadi penting. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak dibenarkan tiga orang bepergian di tengah padang pasir yang tandus, kecuali jika mereka mengangkat salah seorang diantara mereka sebagai amir (pemimpin)” . Pentingnya kepemimpinan dalam Islam adalah untuk menegakkan keadilan. Tugas Rasul SAW sebagai pemimpin dan para pengikutnya setelah baginda SAW wafat adalah menegakkan keadilan di tengah kehidupan manusia, yang mana keadilan tidak dapat diwujudkan tanpa pemimpin yang menegakkan keadilan itu. “Sesungguhnya kami telah mengutus rasul- rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca keadilan supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan kami ciptakan besi padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong agama- Nya dan Rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha perkasa.” (Surah Al-Hadid ayat 25) DALAM PERSPEKTIF ISLAM KEPIMPINAN D I S E D I A K A N O L E H : P I K H A S N I S A H A R S U M B E R : W W W . D A K W A T U N A . C O M INFO agama 35 PEJABAT IMIGRESEN MERSING LAPORAN AKTIVITI AKTIVITI MENDAKI GUNUNG ARONG 240M LATIHAN KEBAKARAN PEJABAT IMIGRESEN MERSING Pada tarikh 14 April 2017, Pejabat Imigresen Mersing telah mengadakan aktiviti mendaki Gunung Arong di Mersing. Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah di dalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Hutan simpan dalam daerah Mersing, antara tarikan pelancong yang gemarkan keindahan alam semula jadi di Mersing yang mana mempunyai pemandangan yang cantik dari atas puncak gunung Arong. Para peserta memulakan perjalanan secara berkonvoi mulai 6.30 pagi ke Tanjung Resang yang mengambil masa kira-kira 30 minit. Pada jam 7.00 pagi, semua kakitangan tiba di kaki Gunung Arong dan mula mendaki pada jam 7.30 pagi selepas sesi memanaskan badan. Selepas hampir 1 jam pendakian, akhirnya berjaya sampai di puncak Gunung Arong dan menikmati permandangan yang cukup indah. Manakala perjalanan turun menggunakan laluan ke pantai Tanjung Resang dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Secara keseluruhannya, aktiviti pendakian Gunung Arong ini telah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama yang tinggi. Pada 09 April 2017, Pejabat Imigresen Mersing telah mengadakan siri pertama latihan kebakaran. Pada jam 9:30 pagi satu sesi taklimat asas mengenai kebakaran diberikan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat disusuli dengan aktiviti demonstrasi kebakaran mengenai cara penggunaan alat pemadam api dengan betul dan tindakan awal yang perlu diambil. Dalam aktiviti tersebut, kakitangan Imigresen juga diberi peluang untuk membuat demonstrasi memadamkan api. Latihan kebakaran merupakan aktiviti yang diadakan setiap tahun sebagai persediaan dan latihan sekiranya terjadi insiden kebakaran di tempat kerja. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga kerja Pejabat Imigresen Mersing tentang cara menyelamatkan diri dan tindakan yang sewajarnya apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan berakhir sekitar tengahari pada hari yang sama. 36 D I S E D I A K A N O L E H : S A B R I N A I M A Z B I N T I M O H D I S M A I L J U R U G A M B A R : P I K R A Y N O R S T A N L Y J G A L U S TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT JIM JOHOR 2017 P R I H A T I N MASYARAKAT PENDIDIKAN MANFAAT organisasi ALAM SEKITAR A k t i v i t i Jan-Jun 37 CSR T A N G G U N G J A W A B S O S I A L K O R P O R A T PEJABAT IMIGRESEN BATU PAHAT Tarikh : 11 Jun 2017 Tempat : Surau Al-Falah Kampung Kaki Bukit , Batu Pahat. Aktiviti : Memasak dan mengedar bubur lambuk kepada anak-anak yatim di asrama Pertubuhan Anak-Anak Yatim Islam Batu Pahat BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN REKOD Tarikh : 19 Mac 2017 Tempat : Makmal Komputer, Aras 11, Kompleks KDN Aktiviti : Perkongsian Ilmu Pengenalan Asas Microsoft Office untuk anak-anak kakitangan Imigresen Johor PEJABAT IMIGRESEN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR Tarikh : 14 April 2017 Tempat : Sekolah Agama Tanjung Kupang, Johor Aktiviti : Gotong-royong serta menyampaikan sumbangan PEJABAT IMIGRESEN KULAI Tarikh : 20 Mei 2017 Tempat : Taska Si Manja Ceria, Taman Senai Utama, Senai Aktiviti : Gotong royang bersama kakitangan taska BAHAGIAN VISA PAS DAN PERMIT Tarikh : 15 Jun 2017 Tempat : Plaza Tol Kempas, Johor Aktiviti : Pengagihan bubur lambuk kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan PEJABAT IMIGRESEN MERSING Tarikh : 7 April 2017 Tempat : Perkampungan Mersing Kanan, Mersing Aktiviti : Gotong-royong serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf 38 PEJABAT IMIGRESEN LTA, SENAI Tarikh : 16 Jun 2017 Tempat : Flat Temenggong / Flat Tmn Putri, Kulai Aktiviti : Menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan (asnaf) PEJABAT IMIGRESEN UTC, JOHOR Tarikh : 10 Mei 2017 Tempat : Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan, Johor Bahru Aktiviti : Gotong-royong membersihkan rumah dan beramah mesra dengan warga emas Nur Ehsan BAHAGIAN PEMBANGUNAN Tarikh : 12 Mei 2017 Tempat : Surau An-Nur, Tmn Daya Johor Bahru Aktiviti : mengecat pagar dan tiang masjid, membersih dan mencantik kawasan persekitaran masjid G A L E R I Sumbangan Mangsa Banjir - 9 Jan 2017 Penerapan Nilai-Nilai Murni - 8 Feb 2017 Perhimpunan Bulanan JIM Zon Selatan - 2 Feb 2017 Kursus Pemantapan KIK JIM Johor - 3 Mac 2017 Lawatan Pengarah LHDN, Negeri Johor - 4 April 2017 Lawatan Kerja KSU KDN ke Bangunan Sultan Iskandar (BSI) - 4 April 2017 Bengkel Pengurusan Tatatertib - 8 April 2017 Audit Perjawatan dan Lawatan Kerja Pengarah Bahagian C - 5 Mei 2017 Kursus Pemeriksaan Dokumen Tahap 1 - 2-4 Mei 2017 J A N U A R I - J U N 2 0 1 7 39 Futsal Piala PINJ - 19 Mei 2017 Ceramah ‘Mesej Dari Penjara’ - 5 Mei 2017 Program Jalinan Kasih Ramadhan - 6 Jun 2017 Sahur Bersama Ketua Pengarah Imigresen Malaysia di BSI - 6 Jun 2017 Lawatan Kerja Ketua Pengarah Imigresen Malaysia ke UTC, Johor - 6 Jun 2017 Lawatan Kerja dan Tinjauan Mbike Timbalan Perdana Menteri ke BSI - 6 Jun 2017 Majlis Tadarus Puspanita JIM Johor - 8 Jun 2017 40 http://www.imi.gov.my/~johor/ Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor Media Korporat Imigresen Johor @jim_johor T E R B I T A N B A H A G I A N K O M U N I K A S I & K H I D M A T K O R P O R A T A R A S 1 3 , B L O K 1 , K O M P L E K S K D N S E T I A T R O P I K A ` I n t e g r i t i P r o f e s i o n a l M e s r a `