JENDELA Bil : 1/2015 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR JANUARI - JUN 2015 EDARAN PERCUMA BENGKEL PEMBENTANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN JIM JOHOR PENCAPAIAN 2014 DAN PERANCANGAN 2015 SEMINAR KESIHATAN DAN GOTONG ROYONG PERDANA KUARTERS IMIGRESEN TAMAN KENANGA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAKMAL FORENSIK , MAKTAB PDRM CHERAS SAMBUTAN HARI IMIGRESEN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR KOMPLEKS KEMENTERIAN DALAM NEGERI SETIA TROPIKA PROGRAM SEMINAR INTEGRITI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA PERINGKAT ZON SELATAN (JOHOR DAN MELAKA) MINGGU ORIENTASI PEGAWAI IMIGRESEN LANTIKAN BAHARU GRED KP17 SIRI 1/2015 ISI KANDUNGAN 6-7 KARNIVAL HARI IMIGRESEN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 8 MISI BANTUAN BANJIR JIM JOHOR 9 BENGKEL PEMBENTANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN 10 KURSUS JATI DIRI UNIT LATIHAN & PSIKOLOGI 11 TAHUKAH ANDA SEJARAH PASPORT TERAWAL 12-13 ORIENTASI PEGAWAI-PEGAWAI BARU KP17 14 CSR BAHAGIAN PENGUATKUASA 15 KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN IBRAHIM 16 LAWATAN KERJA KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM JOHOR 17 PROGRAM LAWATAN RASMI KSU KDN Y.BHG. DATO’ ALWI BIN HAJI BRAHI 18-19 SEMINAR KESIHATAN DAN GOTONG ROYONG PERDANA 20-21 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAKMAL FORENSIK MAKTAB PDRM CHERAS 22 KARNIVAL PENDIDIKAN DAN PAMERAN 23 LAWATAN KERJA PINJ KE BATU PAHAT 24-25 KURSUS PEMERIKSAAN DOKUMEN TAHAP 1 (3/2015) 26 LAWATAN KERJA PINJ KE MUAR 27 SUDUT AGAMA Sidang Editorial PENAUNG Tn. Rohaizi bin Bahari PENASIHAT Tn. Mohd Rizal bin Abidin KETUA PENGARANG PPI Nor Aminah binti Abd. Aziz PEN. KETUA PENGARANG PIK Hasni bin Sahar SIDANG PENGARANG PIK Nor Asmah binti Mohd Noor PI Sheemi Alaina binti Shabudin PI Riszianty binti Sugiri PI Muhammad Aiman bin Amir Lafti JURUKAMERA PI Mohd Jusri bin Jumi GRAFIK PI Ronny bin Asun 28-29 SEMINAR INTEGRITI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA PERINGKAT ZON SELATAN 2015 30-31 HARI KELUARGA JIM JOHOR 2015 32-33 KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) & PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI PERINGKAT JIM JOHOR 34 AKTIVITI-AKTIVITI PEJABAT IMIGRESEN SEGAMAT 35 INFO KESIHATAN 36 LAPORAN BERGAMBAR PEJABAT IMIGRESEN BANGUNAN SULTAN ISKANDAR 37 AKTIVITI-AKTIVITI PEJABAT IMIGRESEN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR 38 AKTIVITI-AKTIVITI PEJABAT IMIGRESEN BATU PAHAT 39 INFO TEKNOLOGI 3 “ PEMBANGUNAN DALAM MENGUKUHKAN SEMANGAT BEKERJASAMA SEPASUKAN AMAT PENTING DALAM MENGEKALKAN PRESTASI KERJA YANG TINGGI ” 4 Syukur Ke Hadrat Allah SWT kerana ROHAIZI BIN BAHARI Pengarah Imigresen Negeri Johor Buletin Jendela Selatan Bil : 1/2015 Versi Digital berjaya dihasilkan. Penghasilan Buletin ini merupakan sebuah rakaman catatan perjalanan aktiviti-aktiviti Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor sepanjang tahun. Imigresen Johor merupakan contoh pejabat negeri yang aktif dan berdaya saing dalam membuktikan nilai kerja profesionalisme dan perkhidmatan yang berintegriti. Jabatan ini sedaya upaya memberi tumpuan penambahan program dan aktiviti bagi membolehkan jabatan berurusan dengan pelbagai spektrum pelanggan melalui cara merakyatkan penyampaian perkhidmatan. Menyedari bahawa pembangunan dalam mengukuhkan semangat berkerjasama sepasukan amat penting dalam mengekalkan prestasi kerja yang tinggi, jabatan juga menggalakkan penganjuran aktiviti serta program selain tugas hakiki. 5 Perutusan PENGARAH Sesungguhnya program dan aktiviti ini menjadi bukti komitmen kakitangan kepada penerapan budaya kecemerlangan secara berterusan. Saya berharap Imigresen Negeri Johor memperhebatkan lagi usaha-usaha meningkatkan aktiviti dan program yang dapat mendekatkan lagi hubungan jabatan dengan pelanggan. Akhir kata, saya ingin merakamkan setinggi- tinggi penghargaan kepada semua kakitangan Imigresen Johor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam setiap program dan aktiviti anjuran jabatan. Semoga Imigresen Negeri Johor terus melakar lebih banyak kejayaan dan menjadi contoh Penanda Aras kepada Transformasi dalam Penyampaian Perkhidmatan. SAMBUTAN HARI IMIGRESEN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR Pada Ahad, 1 Februari 2015, telah berlangsung Sambutan Hari Imigresen Malaysia, Peringkat Negeri Johor. Pada sambutan itu juga telah berlangsung Karnival Imigresen Johor yang melibatkan pelbagai pameran daripada pelbagai agensi kerajaan di bawah KDN serta lain-lain agensi dan gerai-gerai jualan. Karnival yang berlangsung selama sehari itu diadakan di perkarangan utama Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika. Sambutan Karnival dimeriahkan lagi dengan ketibaan dan perasmian yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato’ Mustafa bin Hj. Ibrahim, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. Di awal sambutan rombongan Y.Bhg Dato’ Ketua Pengarah diserikan dengan pemeriksaan barisan Pasukan Kawalan Kehormat, pertunjukan demontrasi Pasukan Kawalan Khas (PKK) serta Skuad Muda Imigresen Johor. Turut sama hadir pada hari tersebut adalah Y.Bhg. Tn. Abd. Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Imigresen Malaysia. Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan, Tn. Mohd Nasri bin Ishak dan Pengarah Bahagian Korporat, Pn. Saleha Bee binti Adam. Di acara yang sama, iaitu bertempat di Auditorium Aras 6, Y.Bhg Dato’ Ketua Pengarah Imigresen Malaysia telah berbesar hati menyempurnakan perasmian sambutan yang mana acara memotong kek merupakan kemuncak bagi menandakan Ulangtahun yang Ke-4 Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Setia Tropika beroperasi. Menerusi ucapan, Y.Bhg Dato Ketua Pengarah melahirkan kata-kata semangat dan berasa amat berbangga dengan pencapaian JIM Johor sepanjang tahun 2014. Beliau juga memberikan penekanan yang utama di bidang penguatkuasaan dalam membentras isu-isu Pendatang Tanpa Izin. Sekalung penghargaan kepada Y.Bhg Dato’ Mustafa bin Hj. Ibrahim atas kesudian hadir. Setinggi-tinggi terima kasih juga kepada semua agensi yang memberi kerjasama sepanjang penglibatan mengadakan pameran, booth-booth bergerak serta gerai- gerai jualan. Tahniah JIM Johor Oleh : PIK Hasni bin Sahar 6 KARNIVAL HARI IMIGRESEN MALAYSIA PERINGKAT NEGERI JOHOR 7 Pada bulan Disember 2014, negara telah dikejutkan dengan malapetaka iaitu banjir besar yang melanda di kawasan pantai timur, Kelantan, Terengganu, Pahang dan sebahagian kecil di Perak dan Johor. Penderitaan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir di dalam menghadapi kehidupan seharian memberikan kesan yang mendalam kepada negara dan turut dirasai di JIM Johor sendiri. Atas dasar keprihatinan dan semangat kemanusiaan JIM Johor telah mengadakan program berupa Misi Bantuan Banjir yang berlangsung di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Setia Tropika, Johor Bahru. Program ini telah berjalan selama 3 hari bermula dari 4 Januari 2015. Bermula dari tarikh tersebut JIM Johor dengan kerjasama KKSIJ, Puspanita dan KPISM telah mengambil inisiatif, mengumpul barang-barang keperluan bagi mangsa banjir yang diperolehi dari sumbangan dan derma yang telah dijalankan. Pelepasan misi bantuan mangsa banjir dari JIM Johor ke kawasan-kawasan bencana banjir pantai timur pada 6 Januari 2015 telah disempurnakan Pengarah Imigresen Negeri Johor, Y.Berusaha Tn. Rohaizi bin Bahari dan dihadiri oleh sebahagian besar warga Imigresen KDN Johor. Semua sumbangan orang ramai akan dihantar ke kawasan yang dilanda banjir dengan menggunakan beberapa buah kenderaan jabatan, yang diketuai oleh Timb. Pengarah (Kawalan) Tn. Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir Adalah diharapkan dengan bantuan ini boleh membantu meringankan beban yang ditanggung akibat musibah banjir dan berharap bencana yang melanda dapat segera kembali pulih disamping mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan. Tahniah dan syabas kepada JIM Johor kerana telah berjaya merealisasikan usahasama dalam program murni, misi bantuan banjir ini. MISI BANTUAN BANJIR JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR Oleh : PI Noor Redzuan bin Sulaiman 8 Bengkel yang dijalankan pada 5 Januari 2015 yang lalu telah melihat prestasi semua pejabat- pejabat cawangan serta bahagian di JIM Johor bagi tahun 2014 terutamanya yang melibatkan “core -business” iaitu pintu-pintu Masuk, pejabat- pejabat cawangan serta pengurusan dan kewangan. Pada pembukaan bengkel, Yg. Berusaha. Tuan Rohaizi bin Bahari, Pengarah Imigresen Negeri Johor telah membentangkan Draf atau Pelan Strategik Jabatan Imigresen Malaysia bagi 2015-2020. Dalam ucapan, beliau berharap perancangan awal dapat dibuat bagi memastikan sasaran yang ditetapkan tercapai. Sebanyak 31 pejabat yang merangkumi bahagian serta pejabat cawangan, telah menyediakan laporan pencapaian 2014 dan perancangan bagi tahun 2015. Kesimpulannya, bengkel ini diakhiri dengan jayanya dan kesemua ketua pejabat dan bahagian telah pun selesai menyemak SKT 2015 untuk di hantar ke pihak pengurusan jabatan. Bagi memastikan Pelan Strategik Jabatan dapat direalisasikan, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah membuat penilaian semula terhadap pencapaian sepanjang tahun 2014 dan merangka Sasaran Kerja Tahunan (SKT) bagi tahun 2015 melalui Bengkel Sasaran Kerja Tahunan yang diadakan di Dewan Serba Guna Aras 13, KDN, Setia Tropika. BENGKEL PEMBENTANGAN SASARAN KERJA TAHUNAN Oleh : PIK Hasni bin Sahar 9 KURSUS JATI DIRI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR SIRI 01/2015 ANJURAN UNIT LATIHAN DAN PSIKOLOGI 10 JIM Johor melalui Unit Latihan dan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, sekali lagi pada tahun ini menganjurkan Kursus Jati Diri, Siri 01/2015. Kursus yang di jalankan di Pusat Latihan Imigresen, Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor telah berlangsung selama 2 (dua) hari mulai 12-13 Mac 2015. Diantara objektif utama kursus adalah sebagai memotivasikan diri, bekerja sebagai satu pasukan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara semua pegawai tanpa mengira pangkat dan kedudukan bagi memudahkan organisasi mempertingkatkan prestasi, kualiti dan produktiviti Sepanjang kursus berlangsung, Para peserta yang terdiri daripada kakitangan imigresen di negeri Johor telah diberi penekanan berkaitan dengan motivasi diri dan bekerja dalam satu pasukan. Disamping itu juga, semangat kerjasama serta hubungan silaturrahim dapat dieratkan dikalangan peserta. Di dalam kursus ini juga, peserta didedahkan dengan aktiviti luar seperti Jungle Tracking, Night Walk, Fire Ball Game dan lain – lain lagi. Oleh : Unit Latihan & Psikologi Pada awal abad ke-20, pasport berbentuk buku mula diperkenalkan. Pasport British moden yang pertama (Hard Cover/Cardboard) telah dikeluarkan pada tahun 1914, dokumen ini terdiri daripada satu halaman yang dilipat ke lapan halaman panjang. Pasport ini juga sah untuk tempoh dua tahun, dan mengandungi butiran gambar, tandatangan, penerangan peribadi, termasuk butir-butir seperti "bentuk muka", "kulit" dan "ciri-ciri". Pada tahun 1920, Liga Bangsa Bersatu (sekarang PBB) telah menyarankan agar pasport diseragamkan dari segi tempoh masa dan ciri-ciri keselamatan, dan pada tahun 1920, pasport berwarna biru tua telah dikeluarkan. Warna biru tua ini kekal simbol Negara Britain sehingga ia beransur-ansur mula digantikan oleh versi merah burgundy (Warna Versi Rasmi EU) di tahun 1988. Menjelang tahun 2000, identiti pasport sesebuah negara lengkap dengan ciri-ciri seperti mikrocip, biometrik, cap jari dan iris. Malaysia adalah negara pertama yang memperkenalkan teknologi ini, diikuti negara Australia, New Zealand, Jepun, Sweden, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Republik Ireland dan Poland. Tahukah anda?.. sekitar 450 SM, Raja Parsi Artaxerxes, secara rasminya telah memberikan kepada pegawainya iaitu Surat Mohor (Kerajaan Parsi) untuk diberikan kepada gabenor-gabenor di negeri-negeri lain bagi membolehkan pegawainya memasuki serta menyeberang luar Efrat dengan selamat ke wilayah Yehuda. Surat Mohor itu juga sebagai kebenaran atau wakil kerajaan atas urusan rasmi di Jurusalem. Di Britain, antara rujukan yang terawal adalah dokumen Berkelakuan Baik (Safe Conduct) Dokumen ini dikeluarkan pada tahun 1414, semasa pemerintahan King Henry V, kepada semua penduduk di Britian. Antara yang terkandung dalam dokumen ini adalah, sesiapa sahaja samada mereka English atau tidak, layak mendapat hak sama rata secara percuma. Namun demikian kepada rakyat yang bukan English (Non English rujuk kepada Irish, Wales, Scottish dsb) wajib membayar bagi mendapatkan pelajaran bahasa Inggeris. Dari tahun 1540, pengeluaran Surat Perjalanan Keluar Negara (Travelling Papers) masih tertakluk kepada kelulusan Majlis Privy (Privy Council). Bermula dari sini, istilah "pasport" telah digunakan. Idea penggunaan perkataan Pasport (Passport) adalah berasal dari istilah pengembaraan laluan jalan laut (ketika itu) sehingga ke pelabuhan iaitu Pass-Port, atau dalam perkataan lain adalah Surat Kebenaran Untuk Memasuki / Berlabuh di Pelabuhan. Bermulanya dari detik itu, pada 18 Jun 1641 Surat Perjalanan Keluar Negara (Travelling Papers) secara rasminya telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh King Charles I. Mulai tahun 1794, Pejabat Setiausaha Negara telah memberikan kuasa hak pengeluaran pasport kepada Kementerian Dalam Negeri dan ianya kekal sehingga kini. Namun begitu pada tahun 1914 penggunaan pasport menjadi mustahak dan diperlukan bagi seseorang untuk keluar ke negara lain. TAHUKAH ANDA SEJARAH PASPORT TERAWAL Penggunaan pasport terawal di Britian Disediakan : PIK Hasni bin Sahar Sumber : British Commonwealth : A brief history of the passport 11 ORIENTASI PEGAWAI IMIGRESEN LANTIKAN BAHARU GRED KP17 SIRI 1/ 2015 12 Antara program yang dijalankan semasa program orientasi adalah sesi senaman pagi, latihan kawad, kuliah dan juga riadah. Pada 19 Mac 2015, malam penutup orientasi telah diadakan dan majlis pada malam itu diserikan lagi dengan kehadiran Tuan Rohaizi bin Bahari, Pengarah Imigresen Negeri Johor berserta ketua-ketua bahagian, dan pegawai-pegawai kanan jabatan. Pada malam itu juga, Pengarah mengambil kesempatan memberikan amanat kepada peserta dan menyempurnakan majlis dengan penyerahan surat Arahan Penempatan bertugas kepada para peserta kursus. Program berakhir pada hari Jumaat 25 Mac 2015 dan peserta-peserta bertolak balik ke Kompleks KDN Johor Bahru pada jam 12.00 tengahari. Pada 16 hingga 20 Mac 2015, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah mengadakan program orientasi untuk pegawai imigresen lantikan baharu gred KP17 bertempat di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram. Program ini merupakan satu inisiatif jabatan untuk memberi pendedahan awal kepada pegawai baharu mengenai asas keimigresenan sebelum mereka diberikan penempatan untuk bertugas. Seramai 184 pegawai baharu KP17 telah hadir melaporkan diri sebagai pegawai imigresen lantikan baharu pada hari Isnin 16 Mac 2015 di Kompleks KDN Johor Bahru. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi manakala pada sebelah petang iaitu pada jam 2.00 petang sesi taklimat daripada Tuan Abdul Halim bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Imigresen Malaysia telah berlangsung sehingga jam 4.30 petang. Selesai taklimat daripada TKP JIM, para pegawai peserta kursus bergerak dengan menaiki bas menuju ke Savannah Hill Resort yang terletak di Ulu Tiram. OLEH : PI HAZRIE MOHAMAD 13 CORPORATE SOSIAL RESPONSIBILITY Bahagian Penguatkuasa 14 Sebagai memupuk keperihatinan tanggungjawab masyarakat, pada hari Sabtu, 21 Mac 2015, Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen Johor Bahru telah mengadakan khidmat sosial iaitu Corporate Social Responbility (CSR) yang mana ianya telah diadakan di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Johor (Rumah Barkat), Bukit Cagar, Johor Bahru. CSR BPK telah diketuai sendiri oleh Ketua Bahagian Penguatkuasa, Tn. Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir dan disertai seramai 30 orang kakitangan Penguatkuasa, Johor Bahru. Program pada pagi itu dimulakan dengan ucapan pembukaan wakil pengetua Rumah Barkat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan Ketua BPK, Tn. Mohd Jasmi bin Mohd Juwahir. Antara tumpuan utama gotong royong di Rumah Barkat adalah membersihkan kawasan sekitar bangunan serta kawasan lapang pintu masuk utama. Pada pagi yang sama juga turut diadakan pameran kerjaya jabatan oleh Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat JIM Johor. Program pada hari itu berakhir dengan jayanya pada jam 12.00 tengahari. Oleh : Bahagian Penguatkuasa Adalah diharapkan program sedemikian akan dapat diteruskan dari masa ke semasa khususnya dalam memupuk kesedaran tanggungjawab masyarakat yang tinggi disamping menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat atas kerjasama mengadakan sesi pameran dan penerangan jabatan sepanjang program berlangsung. 23 Mac 2015 merupakan detik bersejarah negeri Johor, yang mana telah berlangsungnya Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor tidak melepaskan peluang untuk turut sama mengambil bahagian bersempena acara pada tarikh tersebut. Sebilangan besar anggota JIM Johor telah mula berkumpul di perkarangan Kompleks KDN seawal jam 5.30 pagi. Pendaftaran pegawai bermula pada jam 6.00 pagi dan tepat pada 6.30 pagi, bas-bas yang membawa kakitangan JIM Johor mula bertolak dan menuju ke lokasi tempat berkumpul iaitu di sepanjang Water Front City berhadapan Istana Besar. Ini merupakan sambutan Kemahkotaan yang bersejarah di Negeri Johor yang mana Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor berpeluang meraikan bersama setelah hampir lebih 50 tahun Istiadat Kemahkotaan yang pertama berlangsung, iaitu Kemahkotaan Sultan Ismail pada tahun 1960. Tepat pada jam 10.30 pagi selesai peletakan mahkota, bedilan meriam sebanyak 21 das dilepaskan pasukan Angkatan Tentera Malaysia dengan diiringi Lagu Bangsa Johor dan disertai bacaan doa selamat oleh Timbalan Mufti Johor. Selesai sahaja upacara, DYMM Sultan Ibrahim dan Permaisuri Raja Zarith Sofiah berangkat ke perarakan diraja di sekitar bandar raya Johor Bahru. Daulat Tuanku, Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih daripada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. 15 Oleh : PIK Hasni bin Sahar Oleh : PIK Noor Asmah bt. Mohd Noor LAWATAN KERJA KE PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM JOHOR Bahagian Komunikasi Dan Khidmat Korporat telah dipertanggungjawab bagi mewujudkan sebuah bilik rujukan (mini library) yang menghimpunkan sumber-sumber rujukan dan rekod- rekod penting (pelbagai format) jabatan sebagai kemudahan rujukan untuk semua pegawai dan kakitangan. Sehubungan itu, bahagian ini telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) yang terletak di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru pada 24 Mac 2015 (Selasa). Lawatan seramai 4 orang pegawai yang menaiki kenderaan jabatan dan diketuai oleh Ketua Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat iaitu PPI Nor Aminah Binti Abd Aziz telah tiba di PPAJ pada jam 10.00 pagi. Peserta lawatan telah diberi taklimat serta dibawa melihat setiap ruang di PPAJ selaras dengan objektif utama lawatan ini iaitu bagi mendapatkan khidmat nasihat mengenai tatacara pemeliharaan dan sistem kawalan sumber/rekod antaranya: Perolehan buku/bahan bacaan, Pendaftaran buku (sistem rekod), Penjilidan buku/Kategori buku, Penyusunan Buku, Pinjaman dan pemulangan buku, Penyemakan dan pemeriksaan koleksi buku (bahan rujukan) Lawatan berakhir pada jam 2.00 petang. Semoga perkongsian ilmu dan kepakaran jabatan yang lebih berpengalaman seperti PPAJ dapat diimplimentasikan dalam memastikan tatacara pemeliharaan dan sistem kawalan sumber dan rekod yang lebih efisien serta menjadi sumber rujukan pada masa akan datang. 16 PROGRAM LAWATAN RASMI KETUA SETIAUSAHA KDN Y.BHG. DATO’ ALWI BIN HAJI BRAHIM Delegasi kemudiannya bertolak ke Pusat Informasi Setempat Pengerang (PISP) di Tanjung Pengelih yang lokasinya hampir 18km dari Teluk Ramunia. Di PISP, Dato’ KSU telah diberikan taklimat ringkas berkenaan projek yang telah dijalankan, turut hadir di lawatan tersebut adalah wakil-wakil dari Dialog Group Berhad, PETRONAS, Lembaga Pembangunan Petroleum Johor (JPDC), Jurutera Daerah dan Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi. Program lawatan rasmi Dato’ KSU berakhir pada jam 4.15 petang. Di majlis tersebut beliau juga beramah mesra bersama Pengarah-pengarah Negeri pelbagai jabatan dan juga agensi yang bernaung di bawah KDN. Pada hari Sabtu, 11 April 2015, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Dato’ Alwi Bin Ibrahim telah mengadakan lawatan rasmi ke Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC). Lawatan itu bertujuan untuk melihat perkembangan terkini projek pembangunan di PIPC. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Kawalan dan Penguatkuasaan), Dato’ Wahab Bin Mohd Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Dato’ Mustafa Bin Ibrahim dan Pengarah Imigresen Negeri Johor, Tuan Rohaizi Bin Bahari. PIPC merupakan satu projek usaha sama antara pihak kerajaan dan swasta yang terdiri daripada 22,000 ekar hartanah perindustrian dan menempatkan kilang penapisan minyak, loji-loji petrokimia dan sebuah loji penyimpanan dan regasifikasi LNG. Ia dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2016. Kedatangan Dato’ KSU ke Johor telah diraikan dalam satu majlis jamuan makan tengahari di Sekolah Agama Taman Bayu Damai, Teluk Ramunia. Oleh : PI Mohd Nizam bin Sirat 17 SEMINAR KESIHATAN DAN GOTONG ROYONG PERDANA Pada 25 April 2015, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Seminar Kesihatan dan Gotong Royong Perdana bertempat di Kuarters Imigresen Taman Kenanga. Program sedemikian turut sama dijalankan serentak di Kuarters Imigresen Jalan Tasek, Johor Bahru. Program bermula pada jam 7.00 pagi dengan sesi pendaftaran peserta di perkarangan Surau Mukmin Bee Kuarters Imigresen Taman Kenanga. Selesai pendaftaran, program dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Othman bin Abdullah dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh Tuan Mohd Rizal bin Abidin, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Imigresen Negeri Johor. Upacara perasmian disempurnakan TPINJ bersama wakil penduduk kuarters dengan acara simbolik menyiram pokok di hadapan perkarangan surau. Acara diteruskan lagi dengan sesi seminar kesihatan yang bertajuk “Demam Denggi” yang disampaikan oleh Dr. Ikram Makmon, penceramah jemputan dari Klinik Kesihatan Kempas. Seminar kesihatan yang disampaikan ini bertujuan untuk mendidik warga imigresen akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekitar kediaman supaya bebas dari pembiakan nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi. Pada jam 9.00 pagi, gotong-royong bermula dan para peserta seminar dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut kawasan kerja gotong royong yang dikenalpasti. Turut sama membantu dalam kerja-kerja pembersihan beberapa orang kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sebuah jentera bomba. Program gotong-royong di Kuarters Imigresen, Taman Kenanga berakhir jam 11 pagi. Diharap agar program sebegini diteruskan lagi dan dijadikan sebagai satu medium untuk menguatkan lagi semangat muafakat antara penduduk dan warga Imigresen disamping mendedahkan tentang bahaya pembiakan nyamuk aedes. “ Seminar kesihatan dan gotong royong ini bertujuan untuk mendidik warga akan kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekitar kediaman supaya bebas dari pembiakan nyamuk aedes yang membawa penyakit denggi ”. Oleh : PI Hazrie bin Mohamad 18 dan gotong royong perdana SEMINAR KESIHATAN JIM JOHOR 19 LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MAKMAL FORENSIK MAKTAB PDRM CHERAS Pada 7 Mei 2015, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Makmal Forensik, Maktab Polis DiRaja Malaysia, Cheras. Lawatan sambil belajar ini telah dianjurkan oleh Unit Pemeriksaan Dokumen, Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Objektif lawatan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Makmal Forensik PDRM. Seterusnya melihat teknologi dan pendekatan yang digunakan dalam menguruskan kes-kes pemalsuan dokumen. Selain itu, lawatan ini dapat dijadikan sebagai medium perkongsian ilmu dari segi kes/penemuan dokumen keselamatan oleh PDRM. Lawatan yang disertai seramai 29 orang pegawai diketuai oleh PPI Tuan Masri bin Adul, Ketua Bahagian Penguatkuasa JIM Johor. Tepat jam 10.40 pagi delegasi lawatan telah tiba di perkarangan Maktab PDRM dan disambut oleh Supt. Nor Azman bin Mohd. Noor, Ketua Seksyen Dokumen/Pengurusan Kualiti dan Akreditasi Makmal Forensik (D10). Oleh : PI Riszianty bt. Sugiri 20 Di awal lawatan, peserta-peserta rombongan JIM Johor telah diberi taklimat pengenalan Seksyen Dokumen, Makmal Forensik oleh Supt. Nor Azman bin Mohd Noor dan dibantu oleh empat (4) orang pegawai kanan PDRM iaitu Insp. (D10) Juruanalisis Kanan, Insp. (D10) Juruanalisis, Sarjan (D10) Pembantu Juruanalisis dan Pembantu Makmal. Peserta lawatan kemudiannya diberikan taklimat ringkas mengenai Seksyen Dokumen bertepatan dengan objektif lawatan untuk mendapatkan pendedahan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Makmal PDRM berkaitan dokumen keselamatan. Seksyen Dokumen merupakan salah satu seksyen dibawah Bahagian Fizikal. Antara seksyen lain ialah Seksyen Siasatan Tempat Kejadian, Seksyen Cap Jari, Seksyen Audio/Video dan Seksyen Jenayah Komputer. Seterusnya taklimat lebih terperinci telah disampaikan oleh ASP Tengku Noraihan bt Raja Mamat, Juruanalisis Kanan mengenai Seksyen Dokumen. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah perbandingan tulisan tangan, pemeriksaan kesan tulisan, pemalsuan atau pengubahsuaian dokumen, perbandingan cop/emboss perbandingan hasil cetak, analisis dakwat dan memberikan pendapat pakar dalam bidang forensik dokumen. Taklimat bersambung dengan penerangan oleh Insp. Nurul Hayati bt Mad Husin berkaitan ciri keselamatan dalam pasport. Penerangan lebih terjurus kepada peralatan yang digunakan untuk melihat dan memeriksa ciri keselamatan bagi sesuatu dokumen keselamatan dan taklimat diakhiri dengan demonstrasi pemeriksaan dokumen. Lawatan berakhir jam 5.00 petang. Adalah menjadi harapan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi bagi mengekalkan hubungan dan kerjasama khususnya dalam pertukaran maklumat serta mempertingkatkan aspek keselamatan di bidang forensik dan pemeriksaan dokumen. 21 KARNIVAL PENDIDIKAN & PAMERAN Di pameran itu, turut diadakan cabutan bertuah, kuiz uji minda, gerai jualan dan car booth sale. Program berakhir pada jam 1.30 petang dan adalah diharapkan karnival sedemikian memberi peluang kepada orang ramai khususnya pelajar-pelajar dalam mendapatkan maklumat mengenai pelbagai perkara berkaitan agensi dan perkhidmatan kerajaan. Pada 16 Mei 2015, telah berlangsung Karnival Pendidikan, Pengguna dan Kempen Kesedaran Jenayah, AIDS dan Dadah. Pameran dan karnival ini telah berlangsung selama satu hari di Sekolah Kebangsaan Taman Desa Skudai, Johor Bahru. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor turut sama terlibat di dalam karnival tersebut menerusi pameran yang turut sama disertai oleh agensi- agensi kerajaan antaranya PDRM, KPDNKK, Jabatan Kesihatan dan lain- lain agensi kerajaan. Karnival bermula pada jam 9.00 pagi, yang mana perasmian telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abd. Wahab bin Redwan, Pegawai Daerah Johor Bahru. Pada acara yang sama turut diadakan penerangan berkaitan GST oleh pegawai-pegawai daripada KPDNKK cawangan Johor Bahru Objektif utama karnival tersebut adalah untuk memupuk kesedaran dikalangan pelajar-pelajar diperingkat sekolah rendah berkenaan bahaya gejala penggunaan dadah. Selain itu, program ini mendedahkan kepada orang ramai serta pengunjung-pengunjung cara pencegahan jenayah serta amalan hidup sihat dan tips penjagaan kesihatan. Oleh : PIK Hasni bin Sahar 22 Sekitar 3.00 petang, rombongan telah dibawa melawat ke Terminal Feri Barter Trade dan seterusnya ke Terminal Feri Minyak Beku. Program berakhir jam 5.00 petang dan sekali l a g i romb ong an d i j a mu mi numa n p eta n g . 24 Mei 2015 – Pengarah Imigresen Negeri Johor, Tuan Rohaizi Bin Bahari, telah melakukan lawatan kerja bersama Timbalan Pengarah Imigresen (Pengurusan), Tuan Mohd. Rizal Bin Abidin dan beberapa pegawai pengurusan ke Pejabat Imigresen Cawangan Batu Pahat. Tujuan utama lawatan kerja ini adalah melawat dan mengadakan mesyuarat penyelarasan tapak Kuarters Imigresen Batu Pahat di Jalan Tanah Merah. Dalam lawatan ini, beberapa agensi luar turut terlibat seperti JUPEM, JKPTG dan PTD. Selesai lawatan tapak pada sebelah pagi, rombongan seterusnya dibawa ke Pejabat Imigresen Batu Pahat untuk mesyuarat penyelarasan bersama agensi-agensi yang terlibat. Selepas mesyuarat penyelarasan tamat, rombongan telah dijamu makanan tengah hari yang telah disediakan oleh tuan rumah. Mesyuarat bersama pegawai- pegawai Imigresen Batu Pahat juga telah diadakan bagi membincangkan masalah dan keperluan Pejabat Imigresen Batu Pahat. Kemudian, Pengarah bersama rombongan telah dibawa melawat sekitar pejabat dan bersua kenal dengan pegawai- pegawai disitu. LAWATAN KERJA PENGARAH IMIGRESEN KE PEJABAT IMIGRESEN CAWANGAN BATU PAHAT Oleh : PI Ronny bin Asun 23 Sekali lagi, Unit Pemeriksaan Dokumen, Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat telah menganjurkan Kursus Pemeriksaan Dokumen Tahap 1 bagi Siri 3 2015. Kursus berlangsung pada 26 hingga 28 Mei 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 7 Kompleks KDN Setia Tropika. Kursus yang diadakan sepanjang tiga hari ini dihadiri oleh seramai 30 orang pegawai imigresen gred KP17 yang bertugas di negeri Johor. Sesi pembukaan kursus telah disempurnakan oleh TPPI Qamal Azlan Bin Zainuddin selaku wakil bagi Ketua Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat. Dalam ucapan, beliau berharap agar semua pegawai yang hadir dalam kursus yang dijalankan, dapat mempraktikkan serta mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan yang bakal dipelajari amnya bagi pegawai yang bertugas di kawalan dan pintu masuk. Kursus Pemeriksaan Dokumen Siri 3/2015 ini telah diselia oleh fasilitator yang berpengalaman iaitu TPPI (K) Seribuhana Binti Baharoan, TPPI Rashidah Binti Adinan, PIK Halid Bin Mohamed Japri, PIK Mohd Zain Bin Mohd Ali dan PIK Rosli Bin Sarman. Antara modul yang dirangkumkan sepanjang kursus ini adalah Profiling, Kertas Keselamatan, Teknik Cetakan, Dakwat Keselamatan, Penjilidan, Kulit Lamina, MRZ dan Lain-lain Ciri Keselamatan. Bagi meningkatkan lagi daya pemahaman, para peserta didedahkan dengan pratikal serta latihan dalam kumpulan berkenaan sampel pasport tulen dan palsu selain diberi ujian pemahaman mengenai topik pemeriksaan dokumen. Majlis penutupan kursus sekali lagi telah disempurnakan oleh TPPI Qamal Azlan Bin Zainuddin dan pada masa yang sama telah diadakan penyampaian cenderamata kepada peserta yang mendapat markah tertinggi dalam ujian Profiling dan juga persembahan latihan dalam kumpulan. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi bersama pegawai-pegawai kanan dan Ketua Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat. KURSUS PEMERIKSAAN DOKUMEN TAHAP 1 SIRI 3/2015 Modul pembelajaran adalah adalah merangkumi tajuk-tajuk Profiling, Kertas Keselamatan, Teknik Cetakan, Dakwat Keselamatan, Penjilidan, Kulit Lamina, MRZ dan Lain-lain Ciri Keselamatan. Oleh : PI Noor Redzuan bin Sulaiman 24 KURSUS PEMERIKSAAN DOKUMEN TAHAP 1 SIRI 3/2015 25 Pada 31 Mei 2015, Pejabat Imigresen Cawangan Muar telah dikunjungi oleh Yg. Berusaha Pengarah Imigresen Negeri Johor iaitu Tuan Rohaizi bin Bahari. Kunjungan dan lawatan kerja Pengarah Imigresen Negeri Johor turut sama diiringi oleh Ketua-ketua bahagian dan unit daripada Pejabat Imigresen Setia Tropika. Lawatan yang diketuai oleh Pengarah sendiri telah tiba di Pejabat Imigresen Cawangan Muar tepat pada jam 1.00 petang dan disambut oleh Ketua Pejabat, PPI Pn. Noryati binti Abu Bakar. Program pada hari itu telah dimulakan dengan taklimat oleh Ketua Pejabat Imigresen Muar dan diikuti dengan ucapan Pengarah Imigresen. Dalam ucapan ringkas, Pengarah Imigresen memaklumkan akan menambah jumlah kakitangan yang sedia ada di Pejabat Imigresen Muar bagi menampung bebanan kerja yang semakin meningkat khususnya di kaunter perkhidmatan serta kerja-kerja berkaitan dengan penguatkuasaan. Selesai taklimat dan ucapan, rombongan telah dibawa melawat di sekitar pejabat terutamanya di kaunter penerimaan pasport dan bilik tahanan (Unit Penguatkuasa). Di akhir lawatan, rombongan telah dibawa melawat Pelabuhan dan Terminal Feri Muar dan seterusnya tinjauan ke tapak tanah kosong (yang dimiliki oleh Imigresen Muar). Pada hari yang sama Pejabat Imigresen Cawangan Pagoh turut sama dikunjungi oleh Pengarah. Program lawatan Pengarah Imigresen Negeri Johor ke Pejabat Imigresen Cawangan Muar berakhir pada jam 9.00 malam. LAWATAN KERJA PENGARAH IMIGRESEN KE PEJABAT IMIGRESEN CAWANGAN MUAR 26 Oleh : PI Mohd Jusri bin Jumi SUDUT Agama Apakah hikmah berwuduk di sudut sains dan perubatan ? Perkara ini amat menarik untuk dikaji agar ia menimbulkan keyakinan kita terhadap amalan yang kita lakukan hampir setiap masa dan hari. Menurut kajian Dr Magomedov, pembantu kepada Lembaga Hygiene and Ecology (Kesihatan Umum dan Ekologi) di Daghestan State Medical Academy, dalam artikel Muslim Rituals and Their Effect the Person Health, wuduk menurutnya dapat merangsang aura tubuh secara semula jadi. Menurutnya rangsangan ini muncul pada seluruh tubuh, khususnya kawasan yang disebut Biological Active Spots (BASes) atau titik aktif biologi. BASes hampir sama dengan titik-titik refleksiologi ala Cina. KELEBIHAN BERWUDHU DARI SUDUT PANDANGAN SAINS & AGAMA ISLAM Keistimewaan amalan itu, Bilal disebutkan oleh Rasulullah sebagai seorang sahabat yang dipastikan menghuni syurga. Abu Hurarirah melaporkan, selepas solat subuh, Rasulullah berkata kepada Saidina Bilal, “ Wahai Bilal, ceritakan kepadaku mengenai amalan yang kamu lakukan selepas berada di dalam Islam. Kelmarin aku ada mendengar suara terompah kamu di dalam Syurga. Bilal berkata, “ Aku tidak pernah melakukan suatu amalan (yang besar pahalanya)pun dalam Islam, tetapi selagi Allah mentadirkan aku mengerjakan solat, maka aku berwuduk dengan sempurna setiap malam atau siang hari.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Disamping itu, wuduk juga berkesan mencegah daripda masuknya kuman penyakit melalui kulit. Ini kerana kulit adalah organ terbesar tubh kita. Kulit yang membungkus tubuh kita memiliki keberatan 10 paun, seluas dua meter persegi dan ketebalan satu perpuluhan empat hingga empat milimeter dengan kemampuan regenerasi yang dahsyat. Setiap hari, hampir 10 juta sel kulit mati. Melalui berwuduk kita menyapu permukaan tujuh bahagian anggota tubuh kita yang tidak dilindungi oleh pakaian secara minimum sebanyak 15 kali dengan air bersih. Ini juga anggota tubuh yang paling banyak terdedah kepada dunia luar. Oleh itu, kulit mempunyai paling banyak populasi mikroorganisma. Berwuduk bertindak mengurangkan mikroorganisma serta menurunkan risiko kewujudan bakteria di dalam tubuh kita. Amalan membasuh tangan di awal berwuduk sebenarnya menepati kaedah standard yang diamalkan di dalam bidang perubatan. Ini terbukti di dalam dunia perubatan, protocol standard yang pertama sebelum pekerja perubatan mula bekerja juga adalah mencuci tangan dan membilasnya dengan sabun. Dengan berkumur ketika berwuduk dapat membersihkan mulut dan seterusnya dapat mencegah risiko jangkitan penyakit. Seterusnya amalan Istinsyaq ataupun menghirup air kedalam hidung adalah perbuatan yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh seseorang melainkan ketika berwuduk. Di sini jelas bahawa amalan berwuduk membawa faedah yang banyak. Ia memberikan pengamalnya faedah di dunia dan juga akhirat. Bukti sains menjelaskan kepada kita kebenaran ajaran Rasulullah S.A.W. Marilah kita beramal dan melazimkan diri sentiasa dalam keadaan berwuduk bukan sahaja ketika untuk mendirikan solat semata- mata.Semoga Di manfaatkan serta Dikongsi Untuk Kebaikan Sesama insan. Wallahuallam...!!! Wuduk hendaklah disempurnakan ketika hendak mendirikan solat. Allah berfirman di dalam al-Qur’an yang bermaksud: “ Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, basuhlah muka kamu dan kedua tangan kamu sampai ke siku. Sapulah kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu sehingga ke buku lali...(Surah al- Maidah:6). Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Allah tidak menerima solat salah seorang antara kamu sekiranya ia berhadas hingga berwuduk terlebih dahulu.” . Di sini jelas, bahawa amalan berwuduk adalah perintah Allah yang terdapat di dalam al-Qur’an dan juga Sunnah baginda Rasulullah s.a.w. Sudah tentu amalan ini mempunyai kelebihan tertentu dan hikmah tersembunyi. Amalan berwuduk akan memberikan manfaat kepada kita di dunia dan juga akhirat. Di dalam Kitab- Fiqhus Sunnah dinyatakan amalan berwuduk membawa beberapa kelebihan antaranya ialah; i. Meggugurkan dosa. Ini berlaku apabila kita berwuduk bersama aliran air itulah maka berguguran dosa kita. ii. Berwuduk akan mengangkat darjat dan; iii. Orang berwuduk akan datang diakhirat dalam keadaan bahagia dan bersinar-sinar wajahnya. Selain kelebihan yang disebutkan di atas,amalan berwuduk inilah yang akan menjadi asbab untuk kita dimasukkan ke dalam syurga Allah. Ini berdasarkan kisah Saidina Bilal sebagimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. Mengikut kisahnya, Bilal bin Rabbah, antara sahabat utama Rasulullah S.A.W, memiliki amalan khusus iaitu beliau selalu menyempurnakan wuduknya. 27 Disediakan : PIK Nor Asmah Mohd Noor Sumber : www.duniaislam.org SEMINAR INTEGRITI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA PERINGKAT ZON SELATAN 2015 “Jabatan Imigresen Malaysia amat peka melalui perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan, sistem dan proses kerja serta pematuhan amalan terbaik. Kod etika jabatan dan organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi sehingga menjadi kebiasaan dan budaya” . Justeru Jabatan Imigresen amat tegas serta tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kakitangan yang melanggar etika integriti jabatan. Sehubungan itu pada 10 Jun 2015, bertempat di Auditorium KDN Aras 6, Kompleks KDN Setia Tropika telah berlangsung Seminar Integriti Peringkat Zon Selatan tahun 2015. Seminar tersebut yang berlangsung selama sehari dihadiri oleh kakitangan imigresen dari zon selatan iaitu daripada Jabatan Imigresen Negeri Johor dan Jabatan Imigresen Negeri Melaka. Antara panel penceramah yang terlibat pada seminar tersebut adalah daripada Institut Integriti Negara dan Penolong Persuruhjaya SPRM, Cawangan Johor Bahru. Dalam ucapan Y.Bhg. TKP, beliau berkata bagi memastikan tahap integriti pegawai JIM berada di paras maksimum, Bahagian Integriti JIM sentiasa menjalankan program-program pematuhan dan kempen kesedaran memerangi rasuah dan salah guna kuasa. Oleh : Unit Integriti, JIM Johor “ Integriti membawa maksud sifat jati diri yang merangkumi aspek-aspek menjurus kearah perwatakan seseorang iaitu keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya” . 28 TN. ABDUL HALIM B. ABDUL RAHMAN TIMB. KETUA PENGARAH IMIGRESEN (PENGURUSAN) Objektif seminar adalah untuk memupuk budaya kerja yang berintegriti serta memahami apa yang dilaksanakan dengan modal insan kelas pertama di kalangan pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia disamping memperkukuhkan lagi pemahaman tentang nilai-nilai yang digariskan di dalam Pelan Integriti Nasional(PIN). Seminar ini juga menekankan perihal kesedaran tentang implikasi dan akibat sekiranya nilai-nilai integriti gagal dilaksanakan sebagai penjawat awam terhadap diri sendiri, agensi dan negara. Seminar tersebut telah dihadiri oleh 96 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai gred. Program berakhir pada lebih kurang jam 5.00 petang. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Bahagian Komunikasi Dan Khidmat Korporat,Bahagian Sumber Manusia (Unit Latihan Dan Psikologi) dan Bahagian Pentadbiran JIM Johor kerana telah membantu bersama-sama menjayakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar Integriti Jabatan Imigresen Malaysia Zon Selatan pada petang tersebut “ bagi memastikan tahap integriti pegawai JIM berada di paras maksimum, Bahagian Integriti JIM sentiasa menjalankan program- program pematuhan dan kempen kesedaran memerangi rasuah dan salah guna kuasa ” . 29 Oleh : Muhamad Abdul Russul 30 31 Konvensyen yang bermula jam 8.30 pagi telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Imigresen Negeri Johor (Kawalan) iaitu Tuan Mohd Jasmi Bin Mohd Juwahir yang mewakili Pengarah Imigresen Negeri Johor, manakala Panel Penilai Konvensyen terdiri daripada En. Selvadorai A/L Krishnasamy (Penolong Pengarah Kanan) dari Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan PPI Puan Nor Aminah Binti Abd. Aziz iaitu Ketua Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat dari J a ba ta n I mi g resen M a l a ysi a Neg eri J ohor . Seb anya k 6 kump u la n ya n g b erta n d i ng pada konvensyen tersebut, antaranya Kumpulan H- Legacy (Bahagian Pasport Setia Tropika), Q-Crew (Kewangan), Q- Buster (Pejabat UTC), KIKers (Pejabat Imigresen KSAB), Be See (Pejabat Imigresen KSAB) dan Kumpulan Gerbang Matriks 2.0 (Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar). Menyahut seruan kerajaan dan jabatan yang menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada semua pegawai untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor melalui Bahagian Pentadbiran telah menganjurkan Konvensyen KIK dan Pertandingan Anugerah Inovasi Peringkat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor pada 30 Jun 2015 (selasa) bertempat di Auditorium Aras 6, Blok 1, Kompleks KDN Setia Tropika Johor Bahru. Oleh : PIK Nor Asmah bt. Mohd Noor KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) & PERTANDINGAN ANUGERAH INOVASI PERINGKAT JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI JOHOR 32 “ Budaya kreatif dan inovatif perlu diterapkan samaada dalam cara berfikir atau pun bertindak di dalam sesebuah organisasi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan yang menyertai konvensyen tersebut ” Pada Konvensyen tersebut Kumpulan H-Legacy dari Bahagian Keselamatan dan Pasport, Setia Tropika telah muncul sebagai Johan bagi kategori Pengurusan, KIK Terbaik, manakala bagi kategori Teknikal dimenangi oleh Kumpulan Gerbang Matriks 2.0 dari Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Iskandar. Kumpulan Gerbang Matriks 2.0 turut sama berjaya memenangi Anugerah Inovasi Terbaik di konvensyen tersebut . Konvensyen berakhir jam 4.00 petang. Adalah menjadi harapan agar kumpulan KIK yang mewakili Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor pada Konvensyen KIK Peringkat Zon Selatan yang bakal berlangsung pada penghujung bulan Julai ini beroleh kejuaraan dengan usaha padu bagi memastikan inovasi baru dapat dicipta selaras dengan konsep KIK iaitu menyelesaikan masalah di tempat kerja. 33 Pada 3 Januari 2015, warga Pejabat Imigresen Segamat telah mengambil bahagian dalam Majlis Perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul S.A.W Peringkat Negeri Johor. Majlis perarakan tersebut adalah anjuran Pejabat Tanah Segamat dan telah diadakan bermula jam 7.00 pagi di Dataran Segamat dan berakhir di Perkarangan Masjid Bandar Segamat. Pada hari tersebut, kesemua kakitangan lelaki Pejabat Imigresen Segamat telah mengambil bahagian diperarakan tersebut dan diacara tersebut Pejabat Imigresen Segamat telah mendapat tempat terbaik dalam acara pertandingan sepanduk kategori Jabatan Kerajaan / Badan Berkanun / Swasta / Institusi Pengajian Tinggi peringkat Daerah Segamat. MAJLIS PERARAKAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL S.A.W 1436H/2015 DAERAH SEGAMAT aktiviti-aktiviti PEJABAT IMIGRESEN SEGAMAT PROGRAM SARINGAN URINE OLEH AADK Pada 12 Mac 2014, Pejabat Imigresen Segamat telah mengadakan sesi saringan air kencing. Program adalah kerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Segamat yang bertujuan untuk mengesan mana- mana kakitangan yang mengambil atau terlibat dengan gejala dadah dan alkohol. Hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati semua kakitangan Pejabat Imigresen Segamat adalah bersih dan bebas dari dadah. Adalah diharapkan program sedemikian dapat dilaksanakan dari masa ke semasa bagi memastikan Pejabat Imigresen Segamat bebas daripada gejala dadah dan alkohol. MAJLIS PERPISAHAN PEGAWAI Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Pada tahun 2015 Pejabat Imigresen Segamat telah mengadakan majlis perpisahan bagi 2 orang kakitangan yang bersara dan bertukar atas kenaikan pangkat. Majlis berkenaan bagi meraikan persaraan PIT Pn. Faridah binti Hj. Nuralhadi dan pertukaran En. Hairizam bin Mohamed telah diadakan pada 31 Mei 2015 di Restoran RZ Segamat pada jam 5.00 petang. 34 INFO Kesihatan MENGENALI Urutan Tradisional REFLEKSOLOGI Urut tradisional refleksologi adalah ketidakselesaan pada telapak dan tulang kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit seperti sakit pinggang, bahu, tengkuk dan sembelit kerana kesihatan kaki memberi kesan besar terhadap organ dalaman individu. Rawatan refleksologi kaki membantu individu mencapai tahap kesihatan yang lebih berkualiti kerana ia disifatkan sebagai terapi alternatif dengan mengaplikasi urutan pada titik tertentu di tapak kaki. Jadi urut tradisional reflexology dapat membantu anda. Kaki adalah anggota yang sangat kompleks merangkumi 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Kecederaan tulang, sendi dan ligamen mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh seseorang antaranya rasa lenguh lutut, tegang pada bahagian bahu dan masalah buang air besar. Secara semula jadi, tulang tapak kaki manusia agak melengkung. Ia bagi memberikan kekuatan yang lebih untuk menyokong berat badan dan pergerakan. Bagaimanapun, kedudukan tulang tapak kaki boleh berubah jika ia menerima tekanan terus menerus dan tidak diberikan perhatian sewajarnya. Urutan tradisional refleksologi kaki ini sesuai kepada semua peringkat umur selain memberi kesegaran berpanjangan, rawatan berkenaan juga membantu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak. Setiap tekanan pada kedua-dua belah tapak kaki akan dilakukan berulang iaitu tiga hingga lima kali. Tekanan pada 30 titik urutan ini mewakili pelbagai organ dalam badan antaranya hati, pundi kencing, jantung, lutut, siku, tulang belakang, dubur dan kerongkong. Pentingnya Perjalanan Darah yang Lancar Untuk membolehkan badan kita berfungsi secara normal, setiap organ memerlukan darah kerana darahlah yang membawa zat makanan yang diperlukan oleh badan seperti oksigen, hormon, antibodi serta membawa keluar bahan buangan kotor(toksin) dalam badan. Lancarnya perjalanan darah maka makin sihatlah badan kita. Jika salah satu organ badan sakit, maka ia memerlukan perjalanan darah yang lancar untuk membantu menyembuhkan penyakit itu. Urut Tradisonal Refleksologi juga dikatakan sebagai rawatan yang berguna untuk kesihatan badan kerana kajian membuktikan refleksologi membantu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum. Ilmu refleksologi; iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Cara pengubatan ini berasal dari China dan telah diamalkan beribu tahun lamanya sebelum berkembang ke seluruh dunia. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda. Disediakan : PI Riszianty bt. Sugiri 35 Urutan Refleksologi kaki adalah teknik yang menggunakan jari-jari tangan, kalau dulu menggunakan tongkat kecil/kayu yang berguna merangsang saraf-saraf organ pada bahagian telapak kaki yang berguna untuk merangsang organ-organ yang ada agar tubuh menjadi sihat. Selain itu juga urutan tradisional refleksologi dapat mengeluarkan toksin- toksin yang ada pada organ di dalam tubuh kerana pada dasarnya biasanya kita makan makanan yang tidak sihat, fikiran stres kerana penyakit itu terdiri dari makanan dan faktor lingkungan terutama pekerja berat. Laporan bergambar PEJABAT IMIGRESEN BANGUNAN SULTAN ISKANDAR OPERASI BERSEPADU JAWATANKUASA OPERASI BANGUNAN SULTAN ISKANDAR 23 APRIL 2015 LAWATAN SKIN KE BANGUNAN SULTAN ISKANDAR 20 JANUARI 2015 PERTANDINGAN PINGPONG ANJURAN KESUKIM (BSI) 08 APRIL 2015 36 Aktiviti-aktiviti PEJABAT IMIGRESEN KOMPLEKS SULTAN ABU BAKAR Program Kempen Derma Darah telah dijalankan bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan juga kakitangan tentang pentingnya menderma darah bagi membantu mengurangkan kekurangan bekalan darah di tabung bekalan darah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru disamping itu juga dapat membantu mereka yang memerlukan bekalan darah pada saat-saat kecemasan. Program ini telah disertai seramai 61 orang dari pelbagai jabatan dan agensi antaranya ialah Jabatan Imigresen Malaysia,Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (TCO), Jabatan Laut, Pos Malaysia serta Ambang Wira Sdn. Bhd. (AWSB). Seramai 12 orang kakitangan dari Hospital Sultanah Aminah dan 7 orang urusetia yang terlibat untuk menjayakan program ini. Objektif program ini dilaksanakan bertujuan meningkatkan sumbangan jabatan dan agensi kepada masyarakat umum disamping penderma dapat beramal kepada masyarakat sekitar, meningkatkan kesedaran pegawai dan juga kakitangan akan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dan berharap program seperti ini dapat diteruskan dari masa ke semasa bagi mengeratkan perpaduan dan hubungan baik sesama masyarakat. KEMPEN DERMA DARAH ANJURAN KELAB KEBAJIKAN UNIT OPERASI A BENGKEL KETERAMPILAN DIRI Pada tarikh 17 Mac 2015, Unit Operasi B telah mengadakan Bengkel Keterampilan Diri yang bertujuan mendedahkan dan menambah ilmu pengetahuan pegawai wanita Unit Operasi B mengenai penjagaan diri dan solekan semasa bekerja. Program ini dapat menambah keyakinan diri dan kekemasan penampilan sewaktu menjalankan tugas dan dalam hidupan seharian. Bengkel ini telah disertai oleh 20 orang peserta pegawai wanita Unit Operasi B, Jabatan Imigresen Malaysia Kompleks Sultan Abu Bakar. Kursus ini telah diadakan di Bilik Tanjung, Pejabat Imigresen Kompleks Sultan Abu Bakar. Ceramah dan tutorial solekan telah disampaikan oleh TPPI Zambri bin Sulaiman dari Pejabat Imigresen Bangunan Sultan Abu Bakar. Bengkel bermula jam 8.00 pagi dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.30 petang. 37 Pada 3 Januari 2015 bersamaan 12 Rabiulawal 1436H, merupakan hari sambutan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, dengan itu Pejabat Imigresen Batu Pahat telah menyertai Pertandingan Sepanduk sempena M aulidur Rasul 1436H yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Batu Pahat. Keputusannya, Pejabat Imigresen Batu Pahat telah dinobatkan sebagai Johan dalam pertandingan sepanduk tersebut. Pada 12 Mac 2015 (Khamis) bertempat di Masjid Sultan Ismail Batu Pahat, Johor. Pejabat Imigresen Batu Pahat telah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong di Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat bagi mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dengan penduduk sekitar serta membual kerja-kerja amal. Dengan adanya program ini, dapat memupuk sikap saling kenal-mengenali dan beramah mesra dengan masyarakat setempat serta mewujudkan nilai-nilai murni kakitangan. Program dihadiri oleh seramai 40 orang warga kerja. Seramai 4 orang AJK Masjid Sultan Ismail Batu Pahat termasuk imam terlibat untuk menjayakan Program Khidmat Masyarakat ini. LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE UNIT VETERINAR KLUANG Pada 2 Jun 2015, Bahagian Unit Penguatkuasa Pejabat Imigresen Batu Pahat telah membuat lawatan sambil belajar ke Unit Veterinar Kluang yang disertai oleh semua kakitangan di bahagian Unit Penguatkuasa Batu Pahat MAJLIS MAULIDUR RASUL PERINGKAT DAERAH BATU PAHAT Aktiviti-aktiviti PEJABAT IMIGRESEN BATU PAHAT PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT PEJABAT IMIGRESEN BATU PAHAT DI MASJID SULTAN ISMAIL BATU PAHAT 38 INFO Teknologi PENCEROBOHAN WIFI Di Amerika Syarikat (AS) pula, seorang lelaki berjaya memperdayakan pihak polis apabila melakukan rompakan terancang ke atas sebuah kereta perisai yang membuat penghantaran duit ke sebuah bank. Beberapa hari sebelum itu, Anthony Curcio, 28, telah membuat iklan online dengan menggunakan rangkaian wayarles individu lain bagi mendapatkan sekumpulan orang untuk memakai pakaian yang sama di bank tersebut bagi tujuan mengelirukan pihak berkuasa. Anthony yang turut memakai pakaian berwarna yang sama seperti diiklankan berjaya melarikan sejumlah wang kerana pihak polis yang bertindak atas maklumat orang awam terkeliru. Ini kerana terdapat sejumlah orang di kawasan bank tersebut pada masa yang sama. Pengguna yang ingin mengunci rangkaian mereka perlu menggunakan perkakasan wayarles yang dilengkapkan dengan ciri keselamatan seperti WiFi Protected Access atau WPA. Sungguhpun hari ini, terdapat jenis ciri sekuriti wayarles yang boleh digodam, tetapi bilangan individu yang mempunyai kepakaran seperti ini tidaklah begitu banyak dan masih terkawal. Golongan tidak bertanggungjawab ini lazimnya akan menumpang rangkaian wayarles yang tidak dilindungi - secara automatik membolehkan mereka menyamar seolah-olah pengguna sah pemilik sesuatu rangkaian itu. Ia tidak ubah seperti mencuri talian telefon, cuma bezanya pemilik tidak akan perasan kerana kebanyakan pengguna rangkaian ini merupakan pelanggan jalur lebar tanpa had. Malah, catatan pada bil bulanan tidak menunjukkan sebarang penggunaan yang luar biasa. Secara perbandingannya, pemilik rangkaian wayarles rumah di negara- negara Barat lebih menitikberatkan tahap keselamatan rangkaian mereka, menurut kajian yang dijalankan oleh firma sekuriti RSA tahun ini. Di kota Paris sebagai contoh, 98 peratus daripada pemilik rangkaian WiFi telah melindungi rangkaian mereka. New York pula menduduki tempat kedua dengan 97 peratus manakala London menduduki tempat ketiga dengan 90 peratus. Sungguhpun belum ada statistik khusus yang menunjukkan jumlah aktiviti jenayah siber jenis ini di negara kita, ia tidak bermakna kita semua terhindar daripada ancaman ini. Salah satu contoh yang wajar dijadikan iktibar ialah kes seorang remaja di Singapura yang menghantar ancaman bom palsu di forum Internet menggunakan rangkaian wayarles jirannya sehingga menyebabkan jirannya yang tidak bersalah itu ditahan pihak berkuasa. ANCAMAN Disediakan : PI Sheemi Alaina bt. Shabudin Sumber : Harian Metro RANGKAIAN wayarles atau lebih popular dengan panggilan WiFi bukanlah suatu yang asing di negara kita. Setelah lebih 12 tahun Internet diperkenalkan di Malaysia, bilangan pengguna rangkaian yang menggunakan frekuensi radio ini semakin bertambah. Jika dahulu, WiFi hanya terhad kepada pengguna komersil seperti kafe eksklusif dan organisasi, kini ramai pengguna memasangnya di rumah bagi memudahkan mereka melungsuri Internet. Namun masih ramai pengguna yang tidak melindungi rangkaian mereka dengan ciri keselamatan yang terdapat pada AP atau Access Point. Ini menyebabkan rangkaian tanpa wayar mereka terdedah kepada penjenayah siber - penipu, lanun siber dan pencuri maklumat. Pernahkah anda terfikir, rangkaian anda yang tidak dikunci boleh digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti seperti menghantar emel ugutan, mencuri kata laluan perbankan dalam talian, menulis blog berunsur subversif serta menggodam laman web organisasi tertentu? Lebih menakutkan lagi, jika pihak berkuasa mengesan alamat IP capaian Internet anda sebagai punca aktiviti jenayah yang dilakukan, menyebabkan anda menjadi 'pak sanggup' di atas kesalahan orang lain. Ya!, anda berhadapan dengan risiko ini sekalipun tujuan tidak mengaktifkan ciri sekuriti pada rangkaian anda ialah bertujuan untuk berkongsi akses Internet dengan jiran-jiran anda. Ramai juga yang tidak melindungi rangkaian mereka kerana kekurangan pengetahuan teknikal. 39 Diterbitkan Bahagian Komunikasi dan Khidmat Korporat Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor