Komunikasi Dan Khidmat Korporat (BKK)

  • Pengenalan
  • Pemeriksaan Dokumen
  • Galeri Jabatan Imigresen Johor
  • Aduan Awam (SISPAA)
  • Pengenalan

    Bahagian Korporat adalah bahagian yang bertanggungjawab merancang, melaksanakan program - program kepada orang - orang awam dengan tujuan untuk mempromosikan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor. Ia juga merupakan bahagian yang mengendalikan maklumbalas aduan pelanggan / pelanggan, mengendalikan pelbagai medium promosi jabatan, menganjurkan majlis dan program jabatan serta penganjuran kursus Pemeriksaan Dokumen .

    Unit Dan Fungsi Unit Dalam Bahagian Korporat



    Pengenalan

    Unit Pemeriksaaan Dokumen adalah unit yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti - aktivi pemeriksaan dokumen seperti :

    1. Mengenalpasti dan membuat pengesahan ketulenan dokumen pasport / visa.
    2. Menganjurkan kursus berkenaan dengan pemeriksaan dokumen.
    3. Mengumpul statistik pemalsuan dokumen bagi seluruh negeri Johor.
    4. Mengedarkan notis pemalsuan dokumen dalam dan luar negara ke seluruh pejabat cawangan negeri Johor.


    Idea penubuhan Galeri Jabatan Imigresen Johor mula diperkenalkan pada awal bulan Disember 2012 oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor ketika itu, Tuan Nasri bin Ishak. Pembukaan rasmi Galeri Jabatan Imigresen Negeri Johor telah berlangsung pada Hari Imigresen Negeri Johor iaitu 02 Februari 2013.

    Perjalanan di galeri bermula dengan pengenalan sejarah dan maklumat Imigresen, sejarah Tambak Johor, dan aktiviti-aktiviti persatuan yang telah dijalankan untuk tontonan orang awam. Pada bulan Mei 2014, penambahbaikan ruang legar galeri telah dijalankan yang menempatkan koleksi barang-barang pemeriksaan dokumen, dokumen-dokumen lama Imigresen, galeri uniform imigresen, dan gambar-gambar tetamu kenamaan yang pernah membuat lawatan ke Galeri.

    Galeri Imigresen Negeri Johor dibuka pada

      Ahad - Rabu (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
      Khamis (8.00 pagi hingga 3.30 petang)

    Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)
    Memastikan pengendalian aduan/pujian pengiktirafan dan maklum balas berhubung isu/pujian yang melibatkan jabatan diuruskan secara sistematik,teratur dan berkesan.SISPAA adalah saluran dalam talian untuk menguruskan maklum balas seperti aduan, penghargaan, pertanyaan serta cadangan daripada orang awam berkenaan perkhidmatan Jabatan Imigresen Malaysia. Pastikan maklumat lengkap diisi bagi tujuan tindakan siasatan dan penyampaian maklumat kepada anda.
    Terima kasih kerana mengakses sistem ini. Maklum balas anda amat penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami.  

    Pautan SISPAA sispaa Jabatan Imigresen Malaysia(Log Masuk Pelanggan)

JIM Johor 2014-2020 Hakcipta Terpelihara ®Dibangunkan oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian