Pengenalan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam mengadakan pengurusan yang cekap dan berkesan bagi memastikan objektif jabatan tercapai sepenuhnya dengan pendekatan yang strategik dari segi perancangan, pemantauan dan pelaksanaan dalam perkara-perkara perkhidmatan, perjawatan, naik pangkat, tatatertib dan dasar latihan.
Unit Dan Fungsi Unit Dalam Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berperanan melaksanakan dasar sumber manusia sektor awam serta memantapkan hubungan sumber manusia di dalam Jabatan dengan memastikan struktur, perjawatan dan skim perkhidmatan organisasi dapat berfungsi dengan berkesan, selain menyelaras dasar latihan anggota, dasar gaji dan elaun.
Pengenalan
Unit Latihan dan Psikologi bertanggungjawab dalam melaksanakan program, kursus dan aktiviti bagi menyediaan pegawai dan kakitangan yang berkelayakan, berkebolehan, mampu mencapai hasil kerja yang berkualiti serta bermutu tinggi.
Pusat Latihan Imigresen Negeri Johor Mukim Tanjung Surat
Pengenalan
Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan, nilai-nilai murni pada diri ahli AKRAB, rakan sekerja di organisasi.Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.
AKRAB JIM JOHOR bermula dari tahun 2006 dengan keahlian terkini seramai 29 ahli yang mana telah mendapat pentaulihan oleh JPA bagi membantu wargakerja dalam menghadapi cabaran perubahan dunia pekerjaan,konflik kendiri dan meningkatkan potensi diri ke tahap yang optima.
Aktiviti AKRAB JIM JOHOR
Tarikh |
Aktiviti |
08-10 Julai 2019 |
Kursus Pemantapan AKRAB Pakar KDN 01/2019 |
11 Julai 20919 |
Mesyuarat Agung Tahunan Sesi 2019/2020 AKRAB JIM Putrajaya |
04 Ogos 2019 |
Talian Hotline AKRAB JIM JOHOR di Bilik Nilam, ULP |
05 September 2019 |
Sesi Bicara AKRAB bersama dalam Program Lapor Diri Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri 04/2019 |
09-10 September 2019 |
Urusetia Program Sweat Off Depression and Anxienty(SODA) JIM Putrajaya |
21- 22 Oktober 2019 |
Kursus Creative Expressive Art Theraphy (CEAT) |
19-20 November 2019 |
Urusetia Majlis Pentaulihan AKRAB KDN 2019 |
Pameran AKRAB,Sesi Art Theraphy, Tree, House Person Analysis dan Trigger Point Massage Theraphy di Perhimpunan Setia Berjasa JIM JOHOR 2018 | ||
Program Pengenalan AKRAB JIM JOHOR bagi KP19 Lantikan Baru Siri 04/2019 | ||
Kursus Creative Expressive Art Theraphy (CEAT) | ||
Sudut STRESS FREE dan kemudahan Bilik Nilam bagi khidmat AKRAB |
Hubungi kami di talian 07-233 8477 e-mel : akrabjohor@imi.gov.my Facebook: AKRAB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor |