Sejarah

Sejarah Penubuhan JIM Johor

Sejarah awal bermula pada 28 Jun 1923, yang mana laluan Tambak Johor yang menghubungkan Tanah Melayu dan Singapura telah dirasmikan oleh Sultan Ibrahim Iskandar Al - Masyur Ibni Sultan Abu Bakar, Sultan Johor pada ketika itu.

      Pada bulan Mei 1967, Pejabat Imigresen Malaysia Negeri Johor mula ditempatkan di bangunan Pejabat Kerajaan Negeri di Bukit Timbalan, seterusnya pada tahun 1979, Pejabat Imigresen Malaysia Negeri Johor telah berpindah ke Bangunan Wisma Persekutuan, Jalan Air Molek sehinggalah tahun 2010.

      Menjelang tahun 1960an, beberapa pejabat cawangan telah dibuka antaranya Pejabat Imigresen Muar, POS Imigresen Tanjung Pengelih dan Pejabat Imigresen Batu Pahat.

      Pada 16 Disember 2008, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor melakar sejarah baru apabila Bangunan Sultan Iskandar memulakan operasinya bagi menggantikan laluan pintu masuk darat utama Tambak Johor.

      Seterusnya pada tahun 2011, Pejabat Imigresen berpindah dari Bangunan Wisma Persekutuan ke Kompleks Kementerian Dalam Negeri Setia Tropika.

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Dibangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian