Lanjutan

Lawatan Menteri

Feature image

Pada Isnin, 27 Januari 2014, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Negeri Johor telah menerima kunjungan daripada Menteri Dalam Negeri, Yg. Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi. Beliau tiba pada jam 10.00 malam dan telah disambut oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor dan beberapa pengarah - pengarah dari agensi - agensi KDN negeri Johor.

      Kunjungan Menteri Dalam Negeri yang bersempena Ops Bersepadu Johor Bahru, turut sama disertai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Yg. Berbahagia Dato' Seri Mohd Khalid Bin Sharif dan beberapa pegawai - pegawai tertinggi pengurusan di peringkat jabatan dan kementerian.

      Program lawatan dan kunjungan Menteri Dalam Negeri pada malam itu bermula dengan perjumpaan dengan warga KDN Negeri Johor yang diadakan di Auditorium KDN, Aras 6.Selesai sahaja sesi taklimat dan amanat di Auditorium Aras 6, Yg. Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi telah diberikan penerangan Ops Bersepadu 6p bakal dijalankan pada malam itu. Taklimat operasi telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Imigresen Negeri Johor, Tn. Rohaizi Bin Bahari dan Ketua Bahagian Penguatkuasa, Tn. Masri Bin Adul

     Yg. Berhormat Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi turut sama menyertai operasi imigresen yang melibatkan 2 kawasan utama iaitu di Pekan Nenas dan kawasan pembinaan di tapak pembinaan di Bandar Dato Onn, Johor Bahru.Seramai 390 warga asing yang mendiami rumah kongsi tapak pembinaan Bandar Dato Onn telah diperiksa. Seramai 81 daripada mereka ditahan kerana tiada dokumen perjalanan sah dan tinggal lebih masa.Kesemua mereka telah di bawa ke Pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasa, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Taman Setia Tropika Johor Bahru untuk tindakan lanjut.

Tarikh Dikemaskini : 15 Mac 2014

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Di Bangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian