Perutusan Pengarah
Alhamdulillah, kita telah berjaya melepasi tahun 2020 yang sangat mencabar. Sepanjang tahun 2020-2022 kita diuji dengan pandemik Covid-19 dan cabaran politik tanahair. Selain itu, kita juga diselangi dengan berita-berita berkaitan penularan wabak covid-19 yang memberi cabaran berat terhadap sektor perkhidmatan awam negara, cabaran baharu yang menuntut komitmen luar biasa di kalangan warga imigresen khususnya yang berada di barisan hadapan.
Jabatan Imigresen Malaysia sentiasa mendukung hasrat Kementerian Dalam Negeri untuk terus fokus memastikan keamanan dalam negara iaitu "Kita Demi Negara" dalam menjalankan tugas di pintu-pintu masuk bagi kesejahteraan, keamanan dan keselamatan negara terjaga dan terpelihara.
Selain itu, jabatan turut komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dengan penuh integriti dan tatasusila yang berhemah tinggi. .
PENGARAH IMIGRESEN NEGERI JOHOR