AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan kelompok sokongan kepada warga organisasi dengan bimbingan daripada seorang fasilitator terlatih. Mereka berperanan membimbing pegawai menghadapi permasalahan sama ada dalam dunia pekerjaan atau peribadi. AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan beteraskan asas kaunseling profesional. Pengalaman AKRAB di semua peringkat organisasi dapat mewujudkan keharmonian, keakraban, saling hormat menghormati, mengenali potensi diri serta mewujudkan budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. AKRAB sebagai satu medium untuk meningkatkan kemahiran pegawai-pegawai di Unit Perkhidmatan Psikologi. Setakat ini, terdapat seramai 33 orang ahli AKRAB Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor.

Tahun 2013
1. Konvensyen AKRAB KDN 2013 De' Baron Resort, Langkawi - 29 hingga 31 Januari 2013
2. Program Bicara Minda 2013
3. Program Team Dinamik AKRAB KDN Tahun 2013 Lembah Pangsun Resort, Selangor.

Tahun 2014
1. Program Bicara Minda 2014
2. Program Terapi Kaunseling Tahun 2014
3. Kursus Peningkatan Kemahiran Kaunseling (KPKK) Siri 1/2014 - 24 hingga 27 Mac 2014
4. Kursus Beyond AKRAB KDN Team Dynamic & Personal Empowerment Pulau Pangkor - 17 hingga 19 April 2014
5. Konvensyen Transformasi Fenomena Psikologi & Kaunseling 2014 (SUK Johor) Pusat Islam Iskandar Johor - 20 hingga 21 Mei 2014

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Dibangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian