SUKMA TARI

Kumpulan Kebudayaan Seni dan Warisan Imigresen Johor (kini dikenali SUKMATARI) adalah sebuah Kumpulan Kebudayaan Seni cetusan idea kreatif dari mantan Pengarah Imigresen Negeri Johor, Tuan Nasri Bin Ishak sebagai satu langkah positif ke arah membudayakan khazanah kesenian tradisional dan moden di kalangan pegawai / kakitangan Jabatan Imigresen Negeri Johor agar lebih mantap, mampan, dinamik dan berkualiti.

Kumpulan SUKMATARI kini telah mendapat sokongan sepenuhnya dari Pengarah Imigresen Negeri Johor. Kumpulan ini diketuai oleh TPPI(I) Puan Suzila binti Suhya bersama-sama ahlinya seramai 16 orang yang terdiri di kalangan pegawai-pegawai Imigresen yang berkhidmat di sekitar negeri Johor.

(Dikemaskini pada 09/03/2016)

Antara jenis tarian yang dipersembahkan adalah :

1. Tarian Zapin :
- Zapin Pekajang
- Zapin Parit Mastar
- Zapin Pat Lipat
- Zapin Putar Alam
- Zapin Tenglu
- Zapin Tanjung Labuh
- Zapin Kores
- Zapin Melayu Johor
- Zapin Mapom
- Zapin Bunian

2. Tarian Kuda Kepang
3. Tarian Cina
4. Tarian India
5. Tarian Joget
6. Tarian Etnik Sabah dan Sarawak
7. Tarian Moden

(Dikemaskini pada 09/03/2016)

Aktiviti & pencapaian SUKMATARI :

    1. Program Jalinan Kasih Aidilfitri (14 Ogos 2014)
    2. Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Johor (wakil Jabatan Kerajaan) (31 Ogos 2014)
    3. Johan Kecergasan Fitball dan Aerobik Peringkat Negeri (27 Sept 2014)
    4. Thittikum Divali 2014 (13 Nov 2014)
    5. Hari Imigresen Malaysia (01 Dis 2014)
    6. Naib Johan Fitballrobik (17 Okt 2015)

(Dikemaskini pada 09/03/2016)

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Dibangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian