KPISM

Sejarah

Dikenali dengan nama Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) telah ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya pada 1 Januari 1956 dengan sijil pendaftaran no. 37. Kesatuan ini tercetus dari beberapa perbincangan oleh beberapa perbincangan oleh beberapa orang Pegawai Imigresen di Pulau Pinang membawa kepada mesyuarat Jawatankuasa Penaja di sana dan seterusnya kepada kejayaan penubuhan sebuah Kesatuan. KPISM adalah antara kesatuan awal ditubuhkan kira-kira dua tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Visi Kesatuan

Menjadi satu badan mediasi yang professional dan bertanggungjawab di antara pihak pengurusan tertinggi dan seluruh ahli-ahlinya. Mewujudkan satu pejabat wakil-perwakilan di setiap pejabat Imigresen negeri-negeri.

Misi Kesatuan

Meyakinkan pihak pengurusan tertinggi jabatan melalui perundingan dan musyawarah dalam membentuk K-PEKERJA yang berdisplin, komited dan beramanah berlandaskan prinsip-perinsip, semangat dan "Rule" asas perlembagaan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) dengan penuh bermaruah

Perjuangan KPISM

    a) Menjamin agar hak asasi dan kebajikan ahli-ahlinya sentiasa terpelihara, terjamin dan tidak tergugat
    b) Menjadi sumber mediasi di antara pihak pengurusan tertinggi, jabatan dan seluruh ahli-ahli kesatuan dengan professional dan penuh tanggungjawab
    c) Mengenalpasti dan memastikan agara peluang latihan, pembelajaran dan peningkatan tahap kepakaran kakitangan dan penempatan dilakukan denan adil, saksama dan telus di semua peringkat.
    d) Menjamin dan memastikan keputusan atau hasil yang positif melalui pendekatan "holistic" dan rundingcara dua hala dalam mencari penyelesaian bersama "menang-menang" pihak pengurusan tertinggi dengan pihak Kesatuan dan ahli-ahli demi menjamin kepuasan dalam kerjaya.
    e) Membentuk dan melahirkan suatu generasi Pegawai Imigresen yang kepegawaiannya cemerlang, berilmu, mahir dan pro-aktif dalam mendepani dan menangani cabaran global masa ke semasa.

JIM Johor 2014 Hakcipta Terpelihara ®.Di Bangunkan Oleh Bahagian Komunikasi & Khidmat Korporat (BKK)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian